? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, October 30, 2009

malam ni...

Seperti biasa nur kasih tetap menyengat.watak yang disusun cukup cantik.Timbul pelbagai rasa dikalangan penonton dan pengikut setia.Sementara menanti selingan syarikat2 yang memaparkan barangan mereka (iklah lah tu)menjenguk kesaluran lain.Mentadak namanya.Menonton mentadak dipertengahan masih mampu menarik hati.Walaupun kurang menonton telefilem melayu.Mentadak menyorot dan mengangkat kisah manusia yang menggunakan kesucian agama dalam memperdayakan orang lain.Terkesima melihat situasi yang digambarkan.Betapa manusia ini pelbagai ragamnya.Mentadak menjadikan kita sepatutnya sentiasa berfikir dan berhati-hati dalam kehidupan.Tahniah kepada penulis skrip,tahniah atas kisah ini.

kullu a'min wa enti bi alfin khair

Genaplah 31 oktober ni ulangtahun seorang kenalan yg diknali hampir 10 tahun lamanya.Seorang adik, seorang teman,seorang kenalan yang diingati sehingga kini.Hani kat sini ada kek untuk Hani.....

Tapi bukan kek ni yang nak di beri...Kalau nak rasa kuih yang special yang akak buat cuba buka entry CUBA RASA.Kuih tu laris....Ramai yang minat tau...Oklah what ever...I would like to wish u a happy happy happy live for ever.Happy birthday to you....

EFFECTIVE LEADERSHIP

What is effective leadership?

Effective leadership is the process of creating a vision,developing a strategy,enlisting co-operation,and motivating action.The effective leader:

- creates a vision of the future that takes into account the legimate long-term interest of the parties involved;
- develops a rational strategy for moving toward that vision;
- enlists the support of the key power centres whose co-operation,compliance,or teamwork is necessary to produce that movement;and highly motivates that core group of people whose actions are central to implementing the strategy.

9

Malam ini seperti biasa dinantikan tepat jam 9.00.Ada apa dengan angka 9?Pasti ramai yang tahu.Pasti ramai yang menanti.NUR KASIH sudah pasti dinanti.Apalah agaknya kesudahan cerita ini.Kita nantikan.....ermmm jap Papadom tu best tak?

MATAHARI

Selagi ada mentari terbit kita teruskan perjuangan,selagi ada bulan yang bersinar kita teruskan kehidupan.Betul tu,yup... wahai kawan2 sekalian...teruskanlah kehidupan jgn mudah berputus asa.Ada masa rasa macam nak gugur je....cuba renung matahari yang terbit hari ini...cantik tak.




Ok...sepanjang hari ini cuba kira detik masa yang ada.Dari terbit matahari hingga matahari terbenam berapa kali kita akan tersenyum melihat matahari.Ramai yang akan mengeluh merasakan matahari membawa rasa panas.Ish betul ke ayat tu?Ok cuba kita lihat matahari yang begini pula.




Apa pendapat anda.Ya matahari disebalik awan.Ini bermakna selagi mana ada matahari walaupun disebalik awan ini bermakna bumi masih lagi berputar mengelilingi matahari.Ini juga bermakna kehidupan masih ada.Dan ini juga bermakna perjuangan mesti diteruskan.Ok cuba lihat matahari jika situasinya begini.

Inilah matahari terbenam.Maka kita berada dipenghujung siang.Maka tirai malam akan disingkap bersama hadirnya sang bulan.Dalam masa yang sama bintang turut berkelipan.Oleh yang demikian janganlah rasa marah apabila matahari begitu garang menyimbah cahayanya ke bumi,kerana dalam masa yang sama matahari amat berjasa untuk kehidupan yang ada disekeliling kita.




Monday, October 26, 2009

tidak berhenti mengharap

Ahad, 2009 Oktober 25

CUEPACS HARAP KERAJAAN TIMBANG BONUS BAGI PENJAWAT AWAM
Bernama25/10/2009KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan menimbangkan pemberian bonus dua bulan gaji kepada penjawat awam seperti dicadangkannya sebelum ini bagi menghargai usaha mereka dalam membangunkan sektor awam negara.Presidennya Omar Osman berkata, memandangkan peruntukan untuk tujuan itu tidak diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2010 Jumaat lepas, kongres itu akan menghantar surat kepada Perdana Menteri bagi membincangkan semula isu itu."Kita akan menghantar surat kepada Perdana Menteri esok dan berharap dapat berjumpa dengan beliau secepat mungkin iaitu sekurang-kurangnya pada minggu depan dan berharap Perdana Menteri dapat mempertimbangkan semula permintaan kami ini," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar Cuepacs yang dihadiri kira-kira 120 ahli di sini pada Ahad.Selain itu katanya, Cuepacs juga mahu kerajaan menimbangkan semula pemberian bantuan khas sebanyak RM500 yang diperuntukkan kepada penjawat awam dan pesara wajib, turut diberi kepada pesara pilihan dan pesara penswastaan."Kita turut akan membawakan isu ini kepada Perdana Menteri nanti kerana merasakan pesara pilihan dan pesara penswastaan layak menerima bantuan khas itu," katanya.Di samping itu, kata Omar, kongres akan turut membangkitkan isu 5,000 pekerja kontrak dan sambilan yang masih lagi tidak diserap menjadi pekerja tetap di sektor awam, dalam pertemuan dengan Perdana Menteri nanti.-- BERNAMA

Saturday, October 24, 2009

TQ

Alhamdulillah....bersyukur dikurniakan rezeki.Dalam keadaan ekonomi sekarang,BAJET 2010 yang dibentangkan semalam banyak memberi peluang kepada rakyat Malaysia.Semoga tahun depan apabila ekonomi pulih kita semua akan menikmati hasil yang lebih baik.Ameen...............

Friday, October 23, 2009

JOM TUNGGU

Bila melihat situasi hari ini ramai yang merasakan hari ini tidak sabar dinanti.Tarikh yang ditunggu-tunggu oleh semua peringkat lapisan rakyat.Yup BAJET 2010 pada kali ini akan dibentangkan pada hari ini 23 OKTOBER 2009 tepat jam 3.00 ptg.
Bajet kali ini merupakan pembentangan pertama PM kita yang ke-enam Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.Semoga bajet kali ini merupakan pemacu kepada pengukuhan ekonomi Malaysia.Disamping itu bajet ini bakal merealisasikan konsep 1 Malaysia.Sama-samalah kita nantikan..............

1 MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

Thursday, October 22, 2009

ayat


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

dalam pencarian...

Manusia dikurniakan perasaan yang begitu halus.Perasaan halus itu bisa mendamaikan.Perasaan itu sukar diungkapkan dengan kata-kata.Perasaan apakah itu?Ianya terasa begitu halus sekali.Bila ianya terbit pasti akan terasa damai di jiwa.Dalam masa yang sama akan lupa segala.
Ya, perasaan cinta.Dengan cinta biasanya mampu menggegarkan dunia.Cinta sesama manusia,cinta kepada Rasulullah saw,cinta pada agama,cinta dengan alam sekitar,cinta pada haiwan tetapi cinta yang paling agung cinta manusia kepada Tuhannya.
Kalimah Cinta sering diungkapkan oleh kita semua.Tetapi sejauh mana penjiwaan menghayati rasa cita sebenar itu tidak pasti.Yang pasti apabila rasa CHENTA telah hadir maka setiap saat akan timbul rasa RINDU yang membara.

Wednesday, October 21, 2009

zikrayat




Hari ini merupakan hari kedua para jemaah Haji Malaysia berlepas ke tanah suci Makkah.Seperti biasa penerbangan awal di bulan Zulkaedah ini akan membawa para jemaah terus menuju ke Kota Madinah Al Munawwarah.Penerbangan awal semalam memperlihatkan kesungguhan jemaah paling muda seorang kanak2 berusia 9 tahun.Kanak2 tersebut begitu teruja akan sampai ke sana dalam usia yang begitu muda.Alhamdulillah.Namun begitu dalam masa yang sama juga memperlihatkan ketabahan dan kekuatan jemaah paling veteran dan senior berusia 81 tahun.Maha Suci Allah!!!Mereka datang menjadi tetamu Ya Allah.Semoga jemaah haji pada kali ini mendapat haji yang mabrur.

Sampai sahaja di Kota Madinah pasti terpegun melihat Masjid Nabawi yang tersergam yang menjadi lambang kemegahan kita semua.Pembinaan masjid ini memperlihatkan bahawa Islam itu sukakan keindahan.Menjejakkan kaki melangkah ke dalam Masjid Nabawi pasti menjadi kenangan seumur hidup.Binaan yang terbina sungguh indah.

Ya Rabb izinkanlah aku untuk hadir ke sana lagi menjadi tetamu Mu dalam masa terdekat.Ameen........
Menziarahi Makam Rasulullah saw di Madinah sesungguhnya menjadi idaman setiap insan.Tetapi mendapat syafaat Rasulullah saw adalah dambaan setiap manusia.....
HAJJAN MABRURA WA SA'YAN MASYKURA WA ZANBA MAGHFURA.

Monday, October 19, 2009

ejaan

Seringkali dilihat ejaan INSYA ALLAH ditulis begini,sedangkan sepatutnya di eja begini IN SYA ALLAH....cuba kalian lihat ejaan IN SYA ALLAH apabila di eja didalam bahasa arab.Huruf ALIF dan NUN diletakkan dalam satu perkataan kemudian di jarakkan dengan perkataan SYA' iaitu ejaannya huruf SYIN dan ALIF serta HAMZAH,kemudian dijarakkan lagi untuk perkataan ALLAH,iaitu huruf ALIF LAM LAM HA'.So sesiapa membaca keratan ini harap dapat menerimanya...Sekiranya bukan kita yang memberi perhatian perkataan begini, siapa lagi.Makna perkataan IN SYA ALLAH ialah SEKIRANYA DIKEHENDAKI (DIIZINKAN) ALLAH, tetapi sekiranya ejaan INSYA' dieja dan disambung begini ia bermakna karangan.Pejuang bahasa (BAHASA MELAYU DIDAHULUKAN BAHASA ARAB DIUTAMAKAN)

Sunday, October 18, 2009

tak bisa....

walau sudah hampir 10 tahun tetapi tetap istimewa....


musytaq

rindunya dengan suasana macam ni...dah hampir 7 tahun tak rasa suasana begini...dah 7 tahun....lamanya...

Friday, October 16, 2009

resah ini

rasa rindu yang membara ini kadangkala meresahkan.bukan kadangkala tetapi sering meresahkan.sudah puas pujuk sang hati "bersabarlah wahai hati".akan tiba masanya nanti dipertemukan.tetapi kenapa masa sering rasa lambat berjalan.sedangkan ramai yang berkata masa terlalu cepat berjalan.jarum jam terlalu pantas berputar.sang mentari bergerak dengan laju bertukar salam dengan sang bulan.adakah ini mainan perasaan.hati yang waras dipandu oleh akal yang waras.tetapi apa yang dirindukan? NUR KASIH itulah yang meruntun jiwa ini.bergelodak menahan kasmaran.seminggu hanya sekali bisa ketemu.arghhh kenapa drama NUR KASIH di TV3 begitu mencuri hati ini.kedengaran suara-suara lain begitu juga.drama yang berjaya menarik penonton menunggu hingga ke akhir noktah.apakah kesudahannya?pastikan malam ini jam 9....tapi malam ini bukan episod akhir................................


cuba rasa






cuba rasa....special ni.....






Thursday, October 15, 2009

qalbun

yup....ramai orang akan sebut perkataan ni....QALBUN ? apa maknanya? HATI yup maknanya HATI. dimanakah organ tersebut.semua orang ada hati.hidup mesti berhati-hati.tetapi kadangkala sering kali kita terlupa atau lalai (aku) untuk menyuburkan hati.kita terlupa untuk menyuburkan HATI kita khususnya diri ini dengan perkara-perkara yang sepatutnya.kasihan HATI ini,wahai HATI dengarlah....kini dan selamanya In Sya Allah akan ku suburkan mu dengan siraman IKHLAS dan akan ku sinari dengan NUR KASEH-NYA yang bersulam NUR CHENTA-NYA.


terima kasih....syukran...syukria....




salam nur kaseh...


terima kaseh buat semua rakan2 setugas yang sudi melawat diri ini....terima kaseh juga kerna mendoakan diri ini.semoga doa kalian akan dimakbulkan Pemilik Alam ini.Ameeeeen.Terima Kaseh........................


Wednesday, October 14, 2009

dalam ujian ada hikmah-Nya



ermmm ujian sememangnya diberikan kpd setiap insan.cuma barangkali insan itu sendiri kena pandai dan bijak menilai dari mata hati ujian yang diberikan.yup ujian sakit ini menjadikan aku merenung segala hikmah-Nya.Alhamdulilah sesungguhnya terlalu banyak dan besarnya hikmah-Mu Ya Rabb.dengan ujian ini kini aku lebih menghayati dan menghargai kehidupan dan lebih menghargai insan-insan yang ada di sekeliling kehidupan ini.In Sya Allah ke arah pembinaan syaksiah yang lebih unggul dan peribadi yang lebih gemilang.


Sunday, October 11, 2009

ihdinas sirotal mustaqim

jalan lurus seharusnya kita ikuti....lurusnya jalan kita pasti akan lurus seluruh kehidupan kita.kerna dengan jalan lurus yang kita pilih pasti sentiasa akan dilindungi dengan limpahan chenta-Nya Yang Maha Agong....



Saturday, October 10, 2009

sayang....

salam nur kaseh wat seme...btw kaseh sayang tercipta untuk insan....hidup ini semestinya mahukan kasih sayang...kaseh pada sesama manusia...tetapi kaseh yang agung dan hakiki pasti kaseh pada Ilahi.Kadang-kadang mata salah mentafsir apa yang dilihat...kadang-kadang juga hati salah menelah apa yang dipandang....itulah hakikat kehidupan...tetapi apabila kaseh sayang tersulam di jiwa pasti akan hilang rasa cuba meneka sesuatu perkara.

Friday, October 9, 2009

kaffarah

Kesakitan ini mencetuskan satu rasa.Rasa ? Pasti rasa SAKIT.sakit ini menyedarkan diri ini agar menghargai rasa sehat....Kejarlah 5 perkara sebelum datangnya lima perkara....Masa SEHAT sebelum SAKIT.Setiap hari berdoa agar Sakit ini akan hilang....Sakit ini ANUGERAH dan mungkin KAFFARAH atas segalanya...

iftitah

salam....
salam yang mulia untuk kesejahteraan sejagat...salam yang mulia untuk semua...apa yang perlu ku lakarkan dalam entri ini...mungkin org yang baru bermula pasti tidak tahu hendak bermula dari mana....

salam....

Salam...

Dalam kedamaian dan ketenangan jiwa...pasti setiap hari lidah tidak jemu melafazkan kata Segala Puji Bagi Mu Pemilik Alam ini.Kerna kaseh-Nya kita masih mampu menghirup udara kebebasan ini.Kerna kaseh-Nya jua kita masih mampu menatap alam ini.

Mungkin kita semua pasti pernah mendengar lafaz yang sering diucapkan Alhamdulillah,dan kita juga pasti sering mendengar kalimah mulia itu....Setiap hari bangkit dari lena yang panjang lafaz pertama yang kita sebut....In Sya Allah.....