salam...
dah berbulan rasanya tidak mengupdate blog ni...tak tahu alasan apa yg paling tepat hendak diberikan...sibuk...mungkin...ttp sesibuk manapun manusia itu hanyalah urusan dunia...Ya Allah kau bantulah aku sibuk dengan urusan akhiratMU....lantaran terjebak dalam dunia MUKABUKU...mungkin itu jawapan yg paling tepat...ttp apa pun masih lagi berada di atas garisan yg ditetapkan...
bila melihat perjalanan hidup ini, memang benar ia sgt singkat...rugilah jika tdk digunakan sepenuhnya...rasa nak buat semua...tp sbg hambaNYA, kemampuan itu terbatas.....INGIN MENDAKI KEPUNCAK TERTINGGI...TP TAK TERJANGKAU...NAK MENYELAM KE DASARAN TETAPI TDK PANDAI BERENANG....hanya berusaha dengan hati (Tawakkal), selagi masih boleh keluar garisan...akan cuba keluar dr garisan tersebut...cuba melawan pemikiran yg sempit dan dangkal...untuk menjadi seorang yang sentiasa luas....membaca karya2 motivasi byk membantu...ke arah pelaksanaan pula memerlukan kekuatan dalaman yang tinggi.
kadang2 rasanya mcm bukan diri sendiri, ttp yakin tak kan jadi org lain ....masih kekal dlm diri sendiri, berusaha mengayakan jiwa...walau tdk kaya harta atau paras rupa....
membuat org lain tersenyum itu satu kesukaan, walaupun dlm hati sering menangis...takpa, biarlah org lain melihat luaran kita gembira...bknkah kehidupan ITU TERLALU PENDEK....mencari peluang, membina peluang dan memberi peluang akan membuatkan kita rasa sangat disayangi....sayangi diri sendiri, sayangi Tuhan,sayangi Nabi,sayangi keluarga,sayangi teman2....dan sayangi KEHIDUPAN...kita akan rasa seluruhnya akan menyayangi kita..................
Tuesday, July 27, 2010
Posted by kernachenta-Nya at Tuesday, July 27, 2010 0 comments
Wednesday, June 16, 2010
cerpen
BERMULANYA DI SINI….
Menempuh kehidupan dalam situasi sekarang sememangnya agak berbeza. 20 tahun yang lepas tidak sama seperti sekarang. Jika dahulu penggunaan telefon bimbit cukup terhad. Hanya golongan tertentu
sahaja yang mampu memilikinya. Tetapi kini segalanya berbeza. Bahkan kanak-kanak berusia tiga tahun pun tahu menggunakan telefon bimbit.
Apa lagi ya yang berbeza. Yup tempat kelahiran. Dulu tempat kelahiranku tersaji dengan pemandangan yang menghijau. Tetapi kini cukup berbeza. Kini dipenuhi dengan hutan batu. Yup hutan batu,maknanya pembangunan di sana-sini. Seolah-olah hilang seri tempat kelahiranku. Tetapi apa kaitannya tempat kelahiranku dengan kisahku.
Aku kembali kini. Menjejaki apa yang telah kutinggalkan hampir 20 tahun yang lepas.Jauh ku renung pohon pinang yang masih setia ada disitu…..
" Intan gemuk….bulat macam Doraemon. Fahry cuba kau tengok Intan tu. Entah-entah dalam poket dia penuh dengan roti bulat yang Doraemon suka makan tu"
" Ha…ha…ha……" Razi tak habis-habis menyakat Intan.
" Takpa….Razi , sekarang awak nampak saya ni bulat macam Doraemon, tengok satu hari nanti saya comel macam Sizuka"
Tersenyum aku mengenangkan peristiwa lama bersama teman-temanku. Di bawah pohon pinang inilah aku bermain bersama kawan-kawanku.Intan, Razi , Alia, Hafiz dan Fahry.
" Erm di mana mereka sekarang " hatiku berbisik.
___________________
" Cik Rania, ada panggilan untuk Cik," tiba-tiba setiausahaku menghubungiku melalui intercom memaklumkan kepadaku.
" Dari mana , siapa?"
" Encik Zain dari Widad Konsortium "
" Oh…baiklah, tolong sambungkan. Thanks, Laila"
" Assalamualaikum, ini Cik Rania Husna ke, saya Zain dari Widad Konsortium. " Si pemanggil memperkenalkan diri.
" Waalaikum salam, ya saya. Panggil saya Rania jer" Aku berbalas kata dengan si pemanggil.
" Begini cik, saya ingin maklumkan berkenaan projek ubahsuai pejabat kami ni. Pengurus kami telah bersetuju untuk melantik syarikat cik melaksanakan projek ni. So harap cik boleh datang ke pejabat kami untuk urusan yang selanjutnya. Bila cik boleh datang?"
" Alhamdulillah, terima kasih Encik Zain. Baiklah saya akan sampai jam 2.30 petang ni. Boleh tak Encik Zain ?"
" Baiklah , saya tunggu."
" Terima kasih, Assalamualaikum."
" Waalaikum salam." Seiring dengan itu panggilan telefon dimatikan.
" Alhamdulillah, aku bersyukur Ya Allah atas rezeki Mu ini."
_________________
" Laila, nanti tolong sediakan fail-fail projek ubahsuai pejabat Widad Konsortium tu sebelum makan tengah hari nanti. Tolong inform pada Najwa saya nak ajak dia temankan saya petang ni."
" Ke mana cik?"
" Erm pergi ke pejabat Widad Konsortium tu lah.Tolong pesan dengan Najwa saya nak bergerak jam 2.00 ni"
" Baiklah cik."
Menguruskan sebuah perniagaan memerlukan ketepatan masa dan yang paling penting komitmen. Minat yang mendalam dalam bidang Rekaan Dalaman telah membawa aku pergi jauh menimba pengalaman. Kini telah tiba masanya ku curahkan segala pengalaman yang ada untuk mencari rezeki di sini. Di bumi kelahiranku.
Tepat jam 2.00 petang, aku dan rakan kongsiku Najwa bergerak menuju ke pejabat Widad Konsortium yang terletak di kawasan Nusa Jaya. Sepanjang perjalanan , fikiranku merangka-rangka hasil kerja yang terbaik untuk pejabat tersebut.
_____________________
" Tahniah, awak berjaya dapat 5A." kawan-kawanku menghulurkan salam ucapan tahniah buatku.
" Alhamdulillah.Awak semua apa kurangnya. 3A pun ok kan."
" Tapi tak sama macam awak. 5A sangat cemerlang.Awak seorang sahaja calon yang dapat 5A.Lepas ni awak nak sambung belajar di mana?" temanku Intan bertanya.
" Saya tak tahu lagi. Hajat dihati nak sambung belajar di sini sahaja."
" Ehhh…orang yang cemerlang macam awak mana boleh belajar di sini sahaja. Kami yakin tak lama lagi pasti awak akan dapat tawaran belajar di sekolah asrama penuh." temanku Alia pula bersuara.
Cukup manis detik itu untuk dikenang. Rasa rindu pada mereka cukup menebal dalam hatiku. Bila agaknya kita semua akan dapat bertemu. Biarlah masa yang menentukan segalanya.
______________
Pagi ini aku bercadang untuk pulang seketika ke kampungku. Menjejaki memori silam. Aku hanya ingin berdiri dibawah pokok pinang mencari sesuatu. Apa yang kucari? Entah aku pun tidak pasti.
" Awak tahu tak Alia, hari tu saya dengar Hafiz cakap pada Razi, dia suka pada Rania. Awak tahu apa Razi cakap?"
" Razi cakap apa?"
" Dia cakap engkau ni sengallah,kecik-kecik dan nak cintan-cintun. Pastu Razi gelakkan si Hafiz. Benganglah Hafiz."
" Hehehehehhikhikhik….." Intan ketawa sambil merah padam mukanya, menampakkan lagi lesung pipitnya yang tenggelam dek kerana mukanya yang tembam.
Aku yang terdengar perbualan dua orang temanku hanya tersenyum.Lagipun waktu itu umurku baru sahaja mencecah angka 12. Tidak perlu ku tahu dan fahami erti sayang atau cinta untuk kanak-kanak seusiaku.
Aku tersenyum lagi mengingatkan kisah silam di bawah pokok pinang ini. Terlalu banyak sejarah yang tercipta dalam dunia kanak-kanak kami. Di bawah pokok pinang ini aku terkenang peristiwa yang sungguh melucukan. Kepalaku pernah terhantuk pada batang pokok pinang.
Ini berlaku semasa kami berenam bermain Nenek-nenek Si Bongkok Tiga. Waktu itu aku menjadi nenek. Mataku ditutup. Aku mula meraba-raba mencari teman-temanku yang lain. Setelah puas berpusing mencari teman-temanku, aku terlanggar batu yang ada di situ. Akibatnya, kepalaku terhantuk pokok batang pinang tersebut. Semua teman-temanku mentertawakan aku. Merah padam mukaku yang putih bersih ini.
_____________
" Cik Rania , tadi encik Zain dari Widad Konsortium telefon. Dia pesan Cik Rania boleh ambil cek bayaran projek yang syarikat kita siapkan petang ni. " Laila setiausahaku memaklumkan berita gembira buatku.
" Alhamdulillah Laila, ini rezeki untuk kita semua. Insya Allah kalau kita terus bekerja kuat dan memberi komitmen yang tinggi , kita pasti akan terus berjaya. Baiklah, petang nanti saya pergi pejabat Encik Zain tu." Aku mematikan perbualanku dengan Laila. Kakiku melangkah masuk ke bilik ku. Bilik ini sentiasa tersusun kemas. Sedap mata memandang. Pandangan ku halakan ke luar jendela. Kelihatan laut China Selatan sedang berombak tenang. Ini keputusanku. Mencari rezeki di negeri sendiri. Itu pun setelah hampir lapan tahun mencari rezeki di negara orang. Hujan emas di negeri orang , hujan batu di negeri sendiri.
______________
" Tahniah Cik Rania . Hiasan dalaman yang syarikat cik laksanakan mendapat pujian dari orang kuat pejabat ni. Encik Zikri amat berpuas hati. Dia berharap satu hari nanti dapat bekerjasama lagi. Ini cek bayarannya Cik Rania." Encik Zain menyerahkan sekeping cek yang cukup bernilai buat ku.
" Baiklah Encik Zain, terima kasih saya ucapkan. Sekiranya tidak ada apa-apa lagi, saya balik dulu."
" Terima kasih sekali lagi Cik Rania ."
___________________
Kaki ku terus melangkah laju menuju ke tempat parkir kenderaan. Hatiku berbunga riang. Selesai satu projek, Alhamdulillah. Ada lagi lima projek yang perlu ku selesaikan penghujung bulan ini. Insya Allah, team kakitanganku sememangnya handal dan hebat. Rakan kongsiku Najwa sememangnya hebat juga. Walaupun usianya berbeza dariku hampir enam tahun, seorang yang masih muda, tetapi dia seorang wanita yang cukup komitmen dalam kariernya. Aku rasa bertuah kerana dapat bekerjasama dengan mereka.
_____________
" Rania kami harap awak takkan lupakan kami. Kami sentiasa ada di sini. Kalau awak ada masa tulislah surat pada kami " temanku Alia berpesan.
" Insya Allah, awak semua jangan lupakan saya ya. Lepas ni tak dapat kita main bersama. " sedih hatiku.
" Kami tak lupakan awak.Takut awak yang akan lupakan kami" Razi pula bersuara.
" Baiklah, saya dah nak bergerak ni. Insya Allah kita akan jumpa lagi. Ingat ya nama kita semua ada di batang pokok pinang tu. Selagi pokok pinang itu masih gagah berdiri di situlah kita semua akan tetap bersama"
Itulah detik terakhir pertemuan kami. Aku yang kebetulan mendapat tawaran belajar di sekolah berasrama penuh terpaksa meninggalkan mereka. Dalam masa yang sama juga bapaku telah membawa keluargaku berpindah kerana telah dinaikkan pangkat. Sejak itu aku tidak berpeluang untuk menemui mereka.
Ya itulah yang aku cari. Nama teman-temanku di pokok pinang ini. Walau agak sedikit kabur tapi masih ada tulisan yang terbentuk. Di pokok pinang ini kami memahatkan nama kami. Biar tidak lupa, kami berbicara.
____________
Kenangan, memori,ingatan…arghhh kenapa semua insan di dunia ini akan berbicara tentang kenangan. Dan aku , kenapa perlu pulang ke mari menjejak kenangan. Entahlah aku pun tidak pasti.
Tiba-tiba lagu Jason Mraz I'm Yours berkumandang mematikan khayalanku, opss bukan , mematikan kenanganku.
" Assalamualaikum " aku menjawab panggilan.
" Waalaikum salam, Cik Rania Husna ,ni saya Zain dari Widad Konsortium." si pemanggil memperkenalkan diri.
" Ya encik Zain, ada apa-apa yang saya boleh bantu?"
" Begini cik Rania Husna , boss saya, En. Zikri nak jumpa dengan Cik. Agaknya bila Cik boleh berjumpa dengan boss saya tu?"
" Oh ya ker…Berkenaan apa yer, boleh saya tahu?"
" Ni berkenaan dengan projek baru. Pihak boss saya hendak bekerjasama lagi sekali dengan Cik Rania Husna."
" Oh…baiklah. Jika begitu hari Isnin boleh. Jam 10.00 pagi. Tapi di mana yer kita nak berjumpa tu?"
" Kalau begitu Cik Rania Husna boleh datang office ni tak?"
" Insya Allah, boleh.Baiklah kita jumpa Isnin ni yer Encik Zain. Terima kasih"
" Terima kasih kembali. Assalamualaikum"
" Waalaikum salam"
Perbualan telefon terhenti disitu. Aku terus mencatat temujanji hari Isnin dalam PDA ku.semoga tidak terlupa.
________________
" Assalamualaikum, boleh saya berjumpa dengan Encik Zain?"Pagi itu aku terus bergerak dari rumah menuju ke pejabat Widad Konsortium.
" Waalaikum salam. Sebentar yer Cik."
" Assalamualaikum Cik Rania Husna. Bagus tepat pada masanya. Baiklah Cik boleh ikut saya. Boss saya dah tunggu di dalam." Encik Zain menyambut kedatanganku.
" Assalamualaikum Tuan, ni Cik Rania Husna dari Nawwal Design Art Work dah sampai."
" Waalaikum salam. Ok Zain jemput dia masuk" kedengaran suara yang cukup tegas dari balik pintu.
Aku melangkah masuk. Tetapi ada sesuatu yang menarik perhatianku. Sekeping gambar yang tergantung di kiri ruang bilik tersebut. Wajah kanak-kanak enam orang. Ceria dan manis. Aku seolah pernah melihat wajah-wajah tersebut.
" Assalamualaikum….Saya Hafiz Zikri. Tetapi boleh panggil saya Zikri."
Aku terkesiap seketika. Terkejut. Inilah Hafiz ,kanak-kanak yang comel. Teman sepermainan ku di bawah pokok pinang itu.
" Encik Zikri , saya Rania Husna , dari Nawwal Design Art Work." suaraku berbaur segala perasaan waktu itu.
" Rania Husna ?! Ini Rania . Rania kawan saya di bawah pokok pinang tu ker?" Hafiz agak terkejut dengan kehadiranku.
" Yer Encik Zikri. Saya Rania Husna"aku mengiakan kata-katanya.
" Dahlah jangan berencik-encik dengan saya. Alah Rania panggil je saya Hafiz. Macam dulu-dulu."
" Zain ni kawan sekampung saya. Masa kecil-kecil dulu dia ni paling pandai. Tapi sejak dia pindah terus hilang khabar berita. Oklah Zain you boleh teruskan kerja you.Thanks."
Zain melangkah keluar dari bilik tersebut.
" Rania , so apa khabar awak sekarang. Lama ye kita tak jumpa.Dah dekat 20 tahun rasanya. Rania anak awak dah berapa?"
" Sorry Hafiz saya belum ada jodoh. Belum kahwin. Boleh saya tanya sesuatu?"
" Ohh maaflah Rania. Yer apa yang awak nak tahu?"
" Kenapa awak gantung gambar kita semua dalam bilik awak ni?"
" Gambar tu terlalu banyak kenangan. Terutamanya buat saya. Err awak nak tahu satu perkara tak?"
" Apa dia?"
" Intan dengan Razi dah lama kahwin. Anak dah empat pun. Dulu beria si Razi mengejek Intan macam Doraemon. Lucu kan?!" Hafiz bercerita sambil tersenyum.
" Dah namanya jodoh itu ketentuan Tuhan , Hafiz. Wahh Hafiz awak dah berjaya sekarang yer."
" Ini sebenarnya bukan milik saya. Ini milik isteri saya. Ayah mertua minta isteri saya uruskan. Tetapi isteri saya serahkan terus pada saya. Erm Rania dah hampir waktu lunch ni. Jom saya belanja awak makan. Erm satu lagi, berkenaan projek yang Zain cakapkan tu, nanti sebelum keluar makan awak boleh ambil failnya dari setiausaha saya kat luar tu, namanya Nazatul. Awak boleh minta dari dia."
_________________
Makan tengah hari bersama teman lama, banyak perkara yang dibualkan. Dari kisah zaman kanak-kanak hinggalah perkembangan terkini.
" Kawan-kawan kita yang lain apa ceritanya?" Aku mula berbicara.
" Macam saya katakan tadi, Razi dengan Intan dah kahwin. Alia pula dah berhijrah ke Sweden,ikut husband ke sana. Fahry pula takkan awak tak perasan, dia kan dah jadi tokoh korporat terkenal sekarang ni.Lately wajah dier banyak terpampang dalam majalah"
" So Fahry Hassan opss Datuk Fahry Hassan tu dialah yer.Saya ada terbaca dalam majalah bulan lepas.Tapi tak sangka itu Fahry yang saya kenal dahulu"
"Yup it's him. Well dulu dia kan agak ireng kulitnya…hehehheh…but now his look different kan?"
" Yup.Itulah namanya perubahan."
Makan tengahari kami sungguh menggembirakan.Berbual menjejaki teman lama. Sungguh indah pertemuan itu.
____________________________
Rutin biasa kehidupan ku.Pagi pergi ke pejabat. Jika ada temujanji aku akan uruskan bertemu dengan para pelanggan.Prinsip ku pelanggan tetap nombor satu. Seperti kata-kata pujangga Eropah 'Customer Is Always Right'.
" Salam Cik Rania, ada panggilan dari en.Zain wakil Widad Konsortium"
" Baiklah sambungkan"
" Assalamualaikum Cik Rania. Saya wakil en.Hafiz ingin menjemput Cik ke majlis makan malam syarikat kami.Harap Cik sudilah kiranya menerima jemputan kami."
" Ermmmm…." aku berfikir sejenak.
" Bila tu en.Zain"
" 4 April nie. Jam 8 malam di Hotel Hyatt"
" Begini en. Zain yer.Saya tengok jadual saya dulu. Saya akan hubungi en.Zain semula nanti".
" Baiklah Cik Rania . Besarlah kiranya harapan kami Cik Rania dapat menghadirkan diri. "
" Insya Allah.Terima kasih en.Zain.Assalamualaikum" talian dimatikan.
Aku merujuk PDAku, melihat sekiranya ada temujanji lain.Nampaknya aku akan hadir majlis ini.Insya Allah….
________________________
" Wow Cik Rania Husna….you look different tonight. Actually thanks for coming" Sapaan Hafiz Zikri menyambut ku.
" Thanks en. Hafiz. " Aku hanya tersenyum membalas sapaannya.
" Erm silakan , Cik Rania Husna. Meja cik di sana." En.Zain menjemputku.
Aku mengambil tempat. Tanpa kusedari tempat yang disediakan untukku bersebelahan Hafiz Zikri. Serba salah aku dibuatnya.
" Apa kata isterinya nanti. " Hatiku berdetik.
" Assalamualaikum dan selamat malam semua. Seperti yang kita semua maklum majlis makan malam ini merupakan majlis tahunan yang biasa kita adakan. Majlis ini adalah untuk meraikan pekerja-pekerja syarikat yang cemerlang.Saya menjemput our big boss, Mr Hafiz Zikri untuk mengumumkan pekerja yang menunjukkan prestasi yang paling cemerlang untuk tahun 2009. With a great pleasure we invite our best big boss , still single and available Mr. Hafiz Zikri. Please welcome sir." En. Hakimi pegawai pemasaran syarikat merangkap pengerusi majlis membuat pengumuman menjemput pengarah syarikat dalam nada bergurau. Terdengar tepukan mengiringi Hafiz Zikri ke pentas utama.
" Mungkin keakraban mereka dalam syarikat , senda gurau menjadi rencah dalam kehidupan." Hatiku berkata-kata.
" Terima ksih kepada pengerusi majlis , Mr Hakimi , he's still single and available too. Miss Dayana please fill in the blank." Hafiz Zikri memulakan bicara dengan nada mengusik sambil tersenyum.
" Assalamualaikum dan selamat malam untuk semua. Terima kasih en. Hakimi selaku pengerusi majlis malam ini. Baiklah sepertimana yang kita tahu, setiap tahun syarikat kita Widad Konsortium akan mengadakan majlis makan malam untuk meraikan para kakitangan syarikat yang bertungkus lumus menjayakan syarikat. Saya amat berbangga dapat bekerjasama dengan sebuah pasukan kerja yang cukup cemerlang. Terima kasih saya ucapkan. Kejayaan syarikat kita pada hari ini merupakan usaha tuan-tuan dan puan-puan yang tidak pernah mengenal erti kekalahan.
Apa yang ingin saya nyatakan disini , anda semua cemerlang.Anda semua terbaik.Anda adalah sebuah organisasi yang begita mantap. Thanks to all. I'm so glad and really really appreacite about that. Baiklah , pekerja paling cemerlang pada tahun ini , yang pertama Mr. Hakimi Haziq Abdullah dan yang kedua Miss Intan Puteri Dayana Haris."
Hafiz Zikri mengumumkan staf paling cemerlang Widad Konsortium. Sebuah syarikat berprestasi tinggi. Syarikat anak melayu yang sudah mula dikenali di kawasan timur tengah, Dubai antaranya.
" Ermmm…terima kasih to our big boss.With honourable and great pleasure , kami menjemput sekali lagi en. Hafiz Zikri menyampaikan anugerah kepada pekerja cemerlang tahun 2009.Majlis menjemput Miss Intan Puteri Dayana Haris untuk menerima anugerah." Hakimi menjemput Intan Puteri Dayana ke pentas utama.
Terdengar tepukan gemuruh mengiringi langkah Intan Puteri Dayana ke pentas utama. Kelihatan Hafiz Zikri menyampaikan cenderahati dari syarikat.
" So Mr Hakimi , siapa pula nak invite you terima anugerah?" kedengaran satu suara dari arah tepi dewan.
" Hahahahahahahahahha…." terdengar tawa memecah suasana.
Hakimi tersenyum sambil memandang en. Zain senior assistant director Widad Konsortium yang berdiri bersebelahan CEO syarikat , merangkap orang kanan Hafiz Zikri seakan memohon simpati.
" Dengan ini majlis mempersilakan En. Hakimi Haziq Abdullah untuk menerima cenderahati atas khidmat cemerlang beliau." Suara en. Zain memecah suasana.
Tepukan gemuruh mengiringi majlis penyampaian anugerah. Gamat suasana dewan di hotel Hyatt. Majlis berlangsung dengan meriah tetapi masih terkawal.
Usai penyampaian anugerah , Hafiz Zikri dilihat melangkah ke arah pembesar suara.
" Barangkali ada sesuatu yang ingin dinyatakan." Hatiku berbisik. Aku sekadar memerhati.
" Baiklah perhatian semua , saya ada sesuatu perkara nak umumkan."
" En. Hafiz nak kawin ke?" Terdengar suara nakal mengusik lagi.
" Ish diaorang ni tak habis-habis nak bergurau. Setahu aku Hafiz kan dah kawin." Getus hatiku.
" Erm Insya Allah Johan , tak lama lagi.Pasti saya akan jemput kamu semua." Kulihat Hafiz Zikri membalas tanpa ada rasa bersalah. Tetapi yang membuat aku bertambah pelik , Hafiz tetap melayan kata-kata pekerjanya. Seimbas jawapan Hafiz , kulihat juga dia seakan menoleh ke arahku. Aku bingung.
" Baiklah saya ingin umumkan disini bahawa pihak pengurusan syarikat telah bersetuju untuk memberikan bonus empat bulan gaji untuk semua." Hafiz mengumumkan perkhabaran gembira untuk semua kakitangannya dengan nada yang cukup ceria dan bersemangat.
" Yahuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu." Kedengaran sorak kegembiraan menggamatkan dewan.
" Terima kasih en. Hafiz. Kami doakan en. Hafiz dan dimurahkan rezeki dan bertemu jodoh cepat-cepat." Kedengaran satu suara dari sebelah kanan dewan.
" Thanks Ikram.I hope so."
Selepas pengumuman pemberian bonus syarikat , majlis diteruskan dengan acara silap mata dan persembahan nyanyian oleh kakitangan syarikat yang berbakat. Hafiz Zikri kembali ke tempatnya bersebelahan denganku. Sambil yang lain menjamu selera dengan pelbagai hidangan yang disediakan.
" Rania , kenapa tak makan? Tak sedap ke makanan kat sini? " Hafiz bertanya.
" Erm ….tak adalah. Leka pula tengok persembahan silap mata tadi." Jawabku. Tetapi dalam hatiku bercampur pelbagai perasaan.
" So Rania, macam mana dengan life sekarang ni?" Hafiz bertanya. Cuba menarik perhatianku untuk terus berbual dengannya.
" Erm…life…whatever it is…life must goes on, isn't it."
" Yup you're right. Whatever it is , kehidupan mesti diteruskan.So bisnes ok?"
" Alhamdulillah. Bersyukur kepada Pemberi Nikmat yang paling Agung , tidak pernah melupakan hambanya. Tapi taklah sehebat en. Hafiz Zikri CEO Widad Konsortium. The most successful company in Malaysia including Middle East."
" Oh….alhamdulillah. Ini semua pemberian-Nya. So as a His slave , we are obliged to obey His every command. Bukankah begitu Cik Rania Husna?" Ada nada tazkirah dalam pertanyaannya.
Aku tersenyum sambil menganggukkan kepala.
" En. Hafiz . dah berapa lama you buka company ni?" Aku bertanya.
" Please don't call me En. Hafiz. I've told you before , just call me Hafiz. Ermmm kan I dah pernah cerita dulu , company ni bapa mertua I yang punya. So dia dah serahkan pada anak kesayangan dia , my wife. Tapi wife saya minta saya yang uruskan syarikat ni." Dia menjawab sambil tersenyum.
" Ermm sebut tentang your wife , mana yer wife you. Saya tak nampak pun dari tadi. biasanya bila ada annual dinner macam ni semua akan datang berpasangan." Akhirnya tercetus juga soalan yang menjadi tandatanya padaku. Rasa semacam lega yang amat sangat , seolah-olah sebiji batu yang berat di atas kepala telah jatuh.
" Ohh my wife. Dia ke luar negara , ke Paris . Holiday with her family. Biasalah kan perempuan sinonim dengan Paris. Bila dah sampai sana , shoping all the time.Heheheheheeh."
Hafiz Zikri menjawab sambil tertawa kecil.
" Maaf ya, Mr Hafiz,tak semua perempuan begitu. Lagipun saya bukan sama seperti mereka." Aku seolah-olah membangkang kata-katanya.
" Awak masih sama seperti dulu . Dua puluh tahun lepas , saya masih ingat kita pernah fight aktiviti perbahasan dalam kelas. Ingat tak lagi Ustazah Tasnim , dia pernah suruh kita tubuhkan 2 pasukan perbahasan. So you , Alia dan Intan wakil murid perempuan. Saya , Razi dan Fahry wakil murid lelaki. Tajuknya saya masih ingat , ' Kejayaan :- Murid Perempuan Lebih Rajin Dari Murid Lelaki ' . So you begitu bersungguh-sungguh berhujah. Yang paling I ingat sekali bila sesi penggulungan. Awak bangun dan berkata ; Saya bangkut sekali lagi mewakili teman-teman yang lain ingin menyatakan bahawa murid perempuan sememangnya lebih rajin dari murid lelaki.Kami yakin dan berpegang teguh dengan hujah kami.Sekian , terima kasih. Satu kelas tergelak besar bila you sebut bangkut semula.Dan yang paling best Ustazah Tasnim yang garang tu pun ketawa tengok you Rania." Panjang lebar Hafiz Zikri bercerita mengingatkan peristiwa tersebut. Aku masih ingat lagi. Aku tersenyum.
" Hafiz please , itukan kesalahan yang tidak disengajakan. Waktu tu saya rasa bersemangat untuk menegakkan kebenaran." Aku membalas kata-katanya dengan nada yang sedikit tegas.
" Hehehehehe yalah cik Rania Husna. Awak memang seorang yang tegas. Kalau awak tak tegas awak mesti dah lama kembali ke tanahair. Awak memang tegas dan kuat semangat. Kerja kat tempat orang lama-lama.Erm boleh saya tanya sesuatu?" Kata-katanya masih lagi bersisa dengan ketawa.
" Kalau soalan itu bisa saya jawab…saya akan berikan jawapan."
" Kenapa awak kerja kat negara orang lama-lama?" Ada ke itu soalannya. Ingatkan dia nak tanya kenapa aku tak kahwin-kahwin lagi sampai sekarang ker ? Apa ker ? Ish peliklah mamat nie.
" Ohhh… saja nak cari pengalaman. Lagipun bukan awak tak tau Mr Hafiz , rekaan dalaman ni kalau diluar negara sangat diminati dan permintaan pasaran cukup banyak. Lagi pun idea pun rasa sangat luas." Aku menjawab.
" Habis tu kalau dah macam tu kenapa balik sini semula?" Dia masih lagi bertanya.
" Awak pernah dengar peribahasa ni tak ; hujan emas dinegeri orang , hujan batu dinegeri sendiri." Aku membalas.
" Maknanya lebih baik dinegeri sendirilah yer.Akhirnya doa saya dimakbulkan." Dia berkata dengan nada suara yang agak perlahan.
" Ermm apa maksud Mr Hafiz ?" Aku menyoal.
" Maksud apa?" Aku jenis manusia yang tidak suka soalan dibalas dengan soalan.
" Tak….ayat terakhir tadi."
" Ohh…tak ada apa-apalah." Dia menjawab seraya mengelak.
" Excuse me , Mr Hafiz.Nampaknya sekarang dah tepat jam 11 malam. Kami semua nak pulang." Perbualan kami terhenti , En. Zain meminta izin untuk pulang.
" Oh ya ker. Tak perasan pula.Baiklah kamu semua boleh pulang. Terima kasih sebab sudi memeriahkan majlis ya." Hafiz membalas.
" En. Hafiz jangan pulang lambat-lambat. Kesian kat anak dara orang tu. Takut gak balik lewat malam ni. Bahaya……….." Kedengaran satu suara ,mengusik.
" Erm Fizi , don't worry . Semua under control.Heheheheheeh." Hafiz berbalas usikan. Merona merah wajahku . Seolah-olah ayat tersebut ditujukan buatku yang duduk bersebelahan Hafiz.
" Ok everybody , good night and thanks for coming. See u all on Monday."
" Ok , thanks Mr Hafiz." kedengaran satu suara mengucapkan terima kasih buat Hafiz Zikri sambil masing-masing bersalaman. Tetapi satu perkara yang aku perasan sejak tadi , Hafiz Zikri tidak pula bersalaman dengan staf wanita. Semasa menyampaikan anugerah kepada Puteri Intan Dayana tadi pun tidak bersentuhan tangan. Aku kagum dengan keperibadiannya.
" Oklah Mr. Hafiz , saya rasa dah lewat ni. Saya pun nak gerak dululah ya. Terima kasih kerana menjemput saya." Aku bangun mengucapkan terima kasih.
" Ohh…tak da hal lah. Lagipun awak kan kawan saya. Untuk pengetahuan awak juga cik Rania Husna , bukan malam ni je majlis yang awak kena hadir , untuk majlis yang akan datang pun awak wajib hadir. " Dia berkata sambil tersenyum.
" Baiklah , saya gerak dulu ya."
" Kejap….awak datang naik apa?" Dia bertanya.
" Saya datang dengan kereta sayalah. Kenapa Mr Hafiz ?" Aku membalas.
" Takpalah kalau gitu. Saya hantar awak sampai ke kereta. Tak baik biarkan anak dara orang berjalan sorang-sorang kat parking kereta tu. Bimbang." Dia berkata sambil tersenyum nipis.
" Erm…thanks" Aku cuma tersenyum.
Dia mengiringi ku hingga ke tempat parkir kereta. Walaupun aku agak rimas dengan sikap dia yang menghantarku ke kawasan parkir kereta , tetapi dalam masa yang sama aku rasa selamat bersamanya. Sebenarnya aku bimbang apa orang lain kata , sedangkan dia sudah berpunya. Aku……….erm entahlah.
____________________________
" Kanda , boleh dinda bertanya?"
" Boleh dinda. Silakan."
" Kenapa kanda pada awalnya bercerita yang kanda telah berkahwin."
" Ohhh…..Sebenarnya kanda hanya ingin bergurau senda dengan dinda. Kalau dinda nak tahu kanda sebenarnya terus menunggu dinda. Walau seribu tahun lagi. Tetapi kanda bersyukur sangat-sangat kini yang doa kanda telah dimakbulkan Tuhan. Hampir 20 tahun kita terpisah. Sebenarnya kanda memang sukakan dinda sejak kecil lagi. Dibawah pokok pinang inilah yang menjadi saksi bahawa kanda akan terus menunggu dinda." Hafiz Zikri menjawab persoalanku. Panggilan manja kami setelah diijabkabul. Itu permintaan Hafiz sendiri untuk memanggil dengan lafaz kanda dan dinda. Petang itu kami kembali mencoret kenangan dibawah pokok pinang yang terpahat nama kami.Kerana di sinilah bermula segalanya.
Aku bahagia kini. Bahagia yang amat sangat. Setelah lama merantau , kini aku kembali ke tempat asalku. Kini aku tidak akan pergi jauh lagi. Cukuplah telah kutemui bahagia disini. Pokok pinang yang menjadi saksi persahabatan kami sejak kecil. Kini pokok pinang ini juga menjadi saksi cinta kami yang mula mekar dibawah lembayung kasih Ilahi.
Hasil Sepenuhnya......
(faiez nour)
Posted by kernachenta-Nya at Wednesday, June 16, 2010 0 comments
Tuesday, May 4, 2010
FACEBOOK DI MANA-MANA
FACEBOOK DI MANA-MANA.
FACEBOOK….
KENAPA SANA SINI ORANG BERCERITA TENTANG FACEBOOK…
LALU KU JENGUK KAMUS OXFORD…
FACE MAKNANYA MUKA….
BOOK MEMBERI MAKNA BUKU…
LALU MUKABUKU ATAU BUKUMUKA???
FACEBOOK…
TERASA INGIN DICUBA…
LALU LANGKAH PERTAMA DI AMBIL…
PENDAFTARAN SUKSES…
YEEHAAA TERSENYUM GIRANG…
FACEBOOK…
MULA BELAJAR DARI LANGKAH KEDUA…
TEMAN, RAKAN, SAHABAT DARI MERATA-RATA…
KLIK SAHAJA PASTI JADI KENALAN…
WALAU HANYA BERTEMU DI ALAM MAYA…
ALAM SIBER MENEMUKAN PELBAGAI MANUSIA…
FACEBOOK…
DASARNYA WEB PERSENDIRIAN DI ALAM MAYA…
DIPUNYAI PELANGGAN SELURUH DUNIA…
SANA ADA…
SINI PUN ADA…
ADA APA???
ADA AKAUN FACEBOOKLAH…
DENGAN FACEBOOK PERTALIAN ANTARA KITA
TERBINA…
JAMBATAN UKHUWWAH ANTARA KITA
TERJALIN SAMA…
BUKANKAH ITU DITUNTUT AGAMA…
DENGAN FACEBOOK…
SEORANG GURU BERSEMBANG DENGAN MURIDNYA…
SEORANG PENSYARAH BERBUAL DENGAN PELAJARNYA…
SEORANG BOS BERCHATING DENGAN PEKERJANYA…
SEORANG PENCINTA BERCINTA DENGAN KEKASIHNYA…
FACEBOOK…
ADA YANG MENGENAL CINTA…
ADA YANG MENGENANG CINTA
ADA YANG MENGIMBAS CINTA…
ADA YANG MEMBUANG CINTA…
SEGALANYA FACEBOOK…
DUNIA TANPA SEMPADAN KIAN TERASA…
IBU RUMAHTANGGA PUN SUDAH ADA FACEBOOK…
PAKCIK JAGA BANK PUN PUNYA FACEBOOK…
BAYI BERUMUR SEHARI TELAH DIDAFTARKAN JUGA FACEBOOK BUATNYA…
BIAR PABILA BESAR NANTI DIA TAHU BAGAIMANA SAYANGNYA IBU PADANYA…
KASIHNYA AYAH BUATNYA…
SEGALA-GALANYA KINI FACEBOOK..
SEHARI TANPA FACEBOOK BAGAIKAN…
ROTI CANAI TANPA KARI…
SEHARI TANPA FACEBOOK…
BAGAIKAN TART TANPA BLUEBERRY…
FACEBOOK…
SEGALANYA BERMULA DI SINI…
MENGENAL ISI HATI…
MENGENAL HATI BUDI…
MENGENAL DIRI…
FACEBOOK…
TEMPAT LUAHAN HATI…
TEMPAT PERKONGSIAN ILMU UKHRAWI DAN DUNIAWI…
TEMPAT MENCANAI SEGALA ISI….
FACEBOOK……BAGAIMANA TANPAMU SUATU HARI NANTI???
HASIL SEPENUHNYA,
FAIZA FAIZ BERRY NOR ( 9.25AM-4/5/10)
Posted by kernachenta-Nya at Tuesday, May 04, 2010 0 comments
Wednesday, April 21, 2010
tidak memiliki sifatnya manusia...
kerna PEMILIK hanya yang ESA...
walaupun bergelar pencinta setia...
siapalah kita penentu segala....
sungguh benar bagai dikata...
diakui benar dari mula.....
Akal manusia diberi PENCIPTA...
menjadi panduan menilai segala...
dalam hati tersimpul iman.
tersimpul padu tiada perubahan...
usirlah lara dari mu teman...
Kerna Pengampun sifatnya Tuhan.
Kekanglah nafsumu dengan iman...
Agar terampun dosa semalam...
Baja , suburkan imanmu wahai teman...
agar tak lemas lalu tenggelam..
Sentiasa lakukan suruhan Tuhan...
Segala larangan di biarkan kelam...
Lakukan sesuatu ikut arahan..
Usar diengkari....pelajari lebih mendalam...
pantun melayu indah digubah..
manis digubah penyeri majlis...
Ada masa In Sya Allah.....
berbalas pantun kenangan manis...
Posted by kernachenta-Nya at Wednesday, April 21, 2010 0 comments
cantiknya mawar di tepi anjung...
mawar ditanam batasnya lurus...
bila sepi datang berkunjung....
mampukah diri melawan arus....
nasihat diberi nasihat kuterima...'
pesanan sahabat ikhlas kubawa...
alunan zikir sering bersama....
menjadi benteng penguat jiwa....
menegak kebenaran dengan berdebat...
berdebat habisan sampai mati....
itulah adat hidup bersahabat...
saling berpesan saling mengingati....
indahnya Pantai Cinta Berahi...
sejuk mata melihat pemandangan...'
ukhuwah terbina kerana Ilahi...
dengan niat mencari keredhaan....
Kaseh dan cinta dierat padu,
Disulam percaya tanpa jemu,
Beratnya hati menanggung rindu,
Rindu yang sarat ingin bertemu...
wangi mengharum bunga kemboja...
tercium bau bergetar didada.....
andai kasih pada-NYA sahaja......
apakah bukti apakah tanda?....
memberi kasih pada yang sudi
kasih diberi tersimpul mati
indah akhlak indah budi
manis memandang melekat dihati
Posted by kernachenta-Nya at Wednesday, April 21, 2010 0 comments
pantun
Cantik dihias wajah pengantin,
duduk bersanding diberi ruang..
kami memang warga prihatin...
sedih melihat bayi dibuang...
manis sungguh si buah manggis...
masam pula si buah kuini.....
hati meronta jiwa menangis..
sikap manusia jadi begini....
tibanya masanya menyahut seruan...
seruan disambut zaman berzaman...
hukum alam di jadi panduan...
hukum Allah buat pedoman...
harum terhidu si cenderawasih.....
harum mekar ditepi titi...
bayi dibuang tanpa kasih...
tanpa belas tanpa simpati...
lumrah alam hidup berpasangan....
lahirkan generasi solehah dan solih...
bila iman makin berkurangan...
jalan inikah yg dipilih....
api terpadam terlihat bara...
bara jelas membakar ikan...
apa tindakan kita saudara...
membantu mereka atau menyalahkan?
drama hebat pelbagai adegan...
menonton ia menjadi bahan...
kami prihatin jadi slogan...
seiring dengan hukum Tuhan..
hidup sendirian rasa tersisih...
teman ramai teman ketawa..
zuriat itu pengikat kasih...
kasih terpatri adam dan hawa...
Posted by kernachenta-Nya at Wednesday, April 21, 2010 0 comments
nasi ambeng di makan berselerak...
lauk di hidang kena mengena....
bila mata kiri mula bergerak...
apakah tanda apakah makna....
cameron highland tanah rata...
tempat peranginan rehatkan diri...
lidah jangan mudah berkata...
nanti akhirnya makan diri....
majlis bersanding hadirnya ramai...
sebelum bersanding malam berinai....
niat di hati mencari damai...
tetapi mengapa belum tertunai...
bunga mawar di tengah laman...
bunga melur di tanam bersama...
dalam hati ada taman...
dalam taman ada rama-rama...
Posted by kernachenta-Nya at Wednesday, April 21, 2010 0 comments
Sunday, April 11, 2010
enak durian dibuat serawa...
durian berbau bulatlah mata....
gundah gulana rasa di jiwa...
melihat bayi merata-rata...
bayi menangis terus terusan...
tiada tanda akan berhenti...
knp dunia menjadi perhiasan...
sdgkan bila2 kita kan mati...
menanam orkid ingin dicuba..
tersilap cara orkid mati...
hujan dinanti tak kunjung tiba...
panas membara sabar di hati...
harum terhidu si cenderawasih......
harum mekar ditepi titi...
bayi dibuang tanpa kasih...
tanpa belas tanpa simpati...
Posted by kernachenta-Nya at Sunday, April 11, 2010 0 comments
Saturday, April 10, 2010
mari berpantun
rama-rama terbang dlm taman...
indah pandangan jadi hiasan....
indah berbicara denganmu teman...
saling mengingati saling berpesan...
Posted by kernachenta-Nya at Saturday, April 10, 2010 0 comments
Friday, April 2, 2010
pantun lagi
hidup didunia usah dipersia..
usah persia meniti hari...........
fitrah manusia mencari bahagia...
bahagia di cari ketenangan diri...
(8.25mlm - 2/4/10)
Bila hati mula merindu....
Rindu berbunga tidak tertahan....
Kasih dan cinta tersimpul padu...
tersimpul padu buat MU Tuhan....
Sentiasa lakukan suruhan Tuhan...
Segala larangan di biarkan kelam...
Lakukan sesuatu ikut arahan..
Usar diengkari....pelajari lebih mendalam...
dalam hati tersimpul iman...
tersimpul padu tiada perubahan...
usirlah lara dari mu teman...
Kerna Pengampun sifatnya Tuhan.
Kekanglah nafsumu dengan iman...
Agar terampun dosa semalam...
Baja , suburkan imanmu wahai teman...
agar tak lemas lalu tenggelam....
(4/4/10 - 10.10pg)
Kaseh dan cinta dierat padu,
Disulam percaya tanpa jemu,
Beratnya hati menanggung rindu,
Rindu yang sarat ingin bertemu...
cantiknya mawar di tepi anjung...
mawar ditanam batasnya lurus...
bila sepi datang berkunjung....
mampukah diri melawan arus....
(9/4/10 - 8.30mlm)
Posted by kernachenta-Nya at Friday, April 02, 2010 0 comments
Monday, March 22, 2010
1 hari 1 pantun
pantun-pantun yang tersiar disini semuanya adalah ilham penulis sendiri....
memberi kasih pada yang sudi
kasih diberi tersimpul mati
indah akhlak indah budi
manis memandang melekat dihati
(22/3/10-12/30tgh)
berkelip bintang di langit sana,
bulan menghias alam cakerawala,
mencari ilmu jauh berkelana,
ikhlas didada penuh rela.
(23/3/10-8.30mlm)
manis terasa pulut serawa,
dicolek sedikit durian bersama,
kenangan manis tetap di jiwa,
memori indah tika bersama,
(24/3/10 - 6.00ptg)
warisan melayu periuk belanga
dahan rendang tempat berpaut
dlm hati ria berbunga
kasih bersambut salam bertaut
(24/3/10 - 7.10ptg)
wangi mengharum bunga kemboja...
tercium bau bergetar didada.....
andai kasih pada-NYA sahaja......
apakah bukti apakah tanda?....
(24/3/10 - 8.20mlm)
gagah berdiri pepohon jati...
melambai melor harum mewangi...
pesanku yang tua kita hormati...
maka yang muda kita sayangi...
(24/3/10 - 9.00mlm)
bayi menangis di pujuk di gendong,
memujuk berlagu ditepi anjung,
adat melayu kita kendong,
amalan agama kita junjung,.......
(24/3/10 - 11.20mlm)
bunga mawar si bunga kertas,
mekar mewangi di taman sana...
kasih manusia kasih terbatas,
kasih ILAHI kasih sempurna.
(25/3/10 - 11.05pg)
butiran tasbih diulit mesra...
jejari mengira satu persatu.........
rinduku pada-MU tanpa suara...
kasihku membara pada-MU yang SATU
(25/3/10 - 9.50pg)
khas buat rakan2 seperjuangan....terima kasih atas jasa kalian yg tidak ternilai membantu melancarkan majlis tadi...semoga jasa kalian itu Allah shj yg membalasnya....
hibanya hati merana diri...
kaseh diberi tersimpul mati....
syukran kasiran lafaz diberi...
terima kasih ikhlas dari hati...
thanks a lot frenzzzzzzzzzzzzzzz.....luv u all
(26/3/10 - 1.30ptg)
gunakan masa jgn dipersia...
andai dipersia rugi tak terkira...
menyemai kaseh buat manusia...
tuturnya manis lembut berbicara...
(27/3/10 - 8.45pg)
meraut rotan berhati-hati,
rotan diraut berkerut dahi...
mencari kaseh damai di hati...
kaseh dicari kaseh Ilahi...
(27/3/10 - 12.30tgh)
rindu dihati akan adinda,
rindu sarat terus membara,
usah difikir perkara yang tiada...
nanti merana lagi sengsara...
(27/3/10 - 7.20ptg)
kaseh ini tersimpul mati...
kusambut kasih yg sudi memberi...
seruan Ilahi menggamit hati...
panggilan Agong menyerah diri...
(27/3/10 - 7.30ptg)
melata mawar gugur berserakan...
gugur berserakan diatas papan...
kemaafan manusia kita pohonkan....
kemaafan Ilahi menjadi harapan.........
(27/3/10 - 7.50ptg)
disulam bersama kaseh dan cinta...
diadun dengan setia dan percaya...
tiadanya hina kerana cinta...
kerna cinta manusia bahagia...
(27/3/10 - 8,30mlm)
sepanjang hidup usah dipersia....
tangani hidup dengan bijaksana......
dosa pahala hidup manusia...
pasti ketemu hikmah disana...
(27/3/10 - 11.40mlm)
terbang tinggi si rama-rama
terbang membelah angkasaraya...
pengajaran diambil iktibar diterima...
itulah dia insan berjaya....
(28/3/10 - 12.45tgh mlm)
kerna cinta manusia menangis...
kerna cinta manusia tertawa...
cinta itu terlalu manis...
tiada hinanya kerna cinta....
(28/3/10 - 5.00ptg)
sang pencinta masih derita..
derita kerna belum diterima...
kenapa menangis kerna cinta...
kan Allah sentiasa bersama....
(28/3/10 - 5.10ptg)
bijak sungguh menyulam kata....
manis berkata tersenyum bersama...
knp mudah melafaz cinta...
andai hati tdk terima...
(28/3/10 - 6.15ptg)
perut sakit terasa sebu...
makanlah ubat walau sesudu...
berlagu sendu pilu di kalbu...
sakitnya terasa menanggung rindu...
(29/3/10 - 10.50pg)
hati dan perasaan sukar dijangka...
kerna kita tidak berkuasa...
janganlah saudara terus berduka...
berserahlah pada YG MAHA ESA...
kerna cinta manusia sengsara...
kerna cinta manusia berdukacita....
marilah berubah wahai saudara...
bercintalah dengan MAHA PENCINTA...
soal hati usah dipaksa...
andai dipaksa tiada gunanya...
andai kataku saudara terasa...
maaf dipinta sepenuh jiwa...
(29/3/10 - 6.50ptg)
kenapa menanti dlm tangisan...
usirlah tangis dr hatimu...
berzikir munajat memberi kesan...
ingatilah Allah jangan jemu....
(29/3/10 - 10.40mlm)
mentari bersinar terik sekali...
terus bersinar berseri-seri...
hidup ini hanya sekali...
Pada MU jua ku berserah diri...
(30/3/10 - 12.45tgh)
Posted by kernachenta-Nya at Monday, March 22, 2010 0 comments
Friday, March 12, 2010
JASA ANDA DI DUNIA & ANUGERAH ANDA DIAKHIRAT
1. Meninggalkan sembahyang - Ular Saqar sedang menunggu
2. Melewat-lewatkan sembahyang - Neraka WAIL sedang menganga
3. Meringan-ringankan syariat - Mendapat pandangan murka Al-Jabbar
4. Mengumpat peribadi orang - Gunting neraka sedang diasah
5. Menyebarkan gossip atau fitnah - Duri- duri menanti anda di taman neraka
6. Tidak menjaga pergaulan - Libasan api neraka dijanjikan
7. Tidak berakhlak dengan manusia - Kemurkaan Allah bersama mu...
8. Menyakiti hati orang dengan lisan - Masuklah mana-mana pintu neraka
9.Meringankan amanah - Angkatlah seberkas kayu dari neraka
10.Bersangka buruk - Amalan baik diambil orang
Posted by kernachenta-Nya at Friday, March 12, 2010 0 comments
Monday, March 8, 2010
salam
salam...
agak lama tak memperbaharui blog ini...dah macam sarang burung rasanya...byk juga nak cerita...tapi rasanya ini adalah cerita rutin seorang manusia.byk peristiwa yg berlaku...isi borang nak further study dah habis tarikh....hahahahah...tp yg bestnya proposal nak sambung tu dah lama siap...lom rezeki atau ???????????
tapi sebenarnya dalam tempoh sebulan dua ni byk sgt membaca....koleksi buku kat umah dah jadi perpustakaan....tak tau nak letak mana dah...suka membaca sudah pasti...buku apa sahaja yang mendatangkan ilmu dan manfaat pasti baca...sampai kedai buku pun dah kenal sbb selalu g beli buku....tp mungkin blog ni dah lama tak diperbaharui sbb FB .ish tak lah...dah lama ada akaun FB pun...tp mungkin kebelakangan ni makin ramai kawan2 lama yg berjaya dijejaki dan ditemui....arghh lupakan FB....nggak bisa rasanya.'
ok antara buku yg digulati dlm tempoh 3 jam pembacaan JANJI ANAK YATIM hasil tulisan IDA RIZYANI & TALHAH...buku ini cerita biasa yg kita dengar apabila anak yatim akan berusaha bersungguh selepas pemergian ayah dan ibu mereka.byk juga buku yg dah khatam antaranya dunia jam 10,impian juara dan pelbagai lagi.beralih angin membaca novel kanak2 tapi teringin juga sebenarnya nak cari buku yang mencabar pemikiran.berada jauh dr Kuala Lumpur agak sukar mencari buku2 sebegitu.buku yang mencabar minda.nanti akan cuba juga cari karya2 novel yg bagus.klu ada sesiapa yg blh cadangkan buku2 yg hebat....tolong beritahu yer...adios...amigos
Posted by kernachenta-Nya at Monday, March 08, 2010 0 comments
Sunday, February 28, 2010
tiada tajuk
salam...
tiada tajuk yg khusus untuk entry ini.lagipun dah lama rasanya tak mengupdate entry terbaru.nak kata sibuk tak juga.tapi kejemuan membuka laptop menjadikan tidak tercerna idea untuk dicanai didalam blog ini.oklah walau apa pun hidup mesti diteruskan.menonton tv jam 4 ptg disalurau rtm1 sememangnya sebiah rancangan yg dinantikan. NATRAH sebuah teater garapan pengarah tersohor dengan idea perjuangan kehidupan telah dihasilakn oleh PN ERMA FATIMAH ,pengarah yg sgt dikagumi.
menonton teater NATRAH mencetuskan sebuah perasaan yg pelbagai.bercampur baur.melihat perjuangan PUTIH dalam meneruskan kehidupan.cerita yg digarap menggambarakan sebuah sejarah yg tidak akan dilupakan.tahniah pn erma....semoga pn dapat menghasilkan lagi drama2 yg berkualiti serta teater yg mampu membuatkan jiwa2 insan melihat dari sudut yg paling dalam...
Posted by kernachenta-Nya at Sunday, February 28, 2010 0 comments
Sunday, January 31, 2010
etr dan tov
salam...
bila melihat tarikh di kalendar...masih adakah kalender???orang zaman sekarang ni bila nak tengok tarikh akan melihat telefon tangan..kenapa ye jadi begini?mungkin kalender yang hendak ditatap sekarang ni pun dah tak banyak...
walau apa pun kalender merupakan alat yang digunakan untuk merujuk tarikh hari...manusia dilahirkan pasti bersama tarikh.sesiapa pun pasti bertarikh.apa yang merepek sebenarnya. tetapi kan kalau takda kalender kita nak rujuk tarikh kat mana. dlm h/set pun dinamakan kalender.tapi apa kena mengena cerita kalender pulak nih..
menyingkap tabir tahun 2010 pada 1 januari yang lepas...termenung apa ye yang akan berlaku dalam meniti kehidupan seharian pada tahun ini.ada perubahan ker...atau masih sama.mungkin sikap sendiri yang tidak berfikir luar lingkungan atau luar kotak.tp ramai gak yang kata stail pemikiran ku luar dari jangkauan ...pendapat org...tp diri sendiri entahlah???
oklah...sudah habis 31 hari dlm bln januari 2010...apa target yg dah tercapai...masih belum mencapai etr lagi ni...walau pun dah letakkan tov.ok sok 1 februari akan cuba terus berfikir luar kotak...utk etr yang baik...hheheheh...hari2 berpikir lebih keras...........
Posted by kernachenta-Nya at Sunday, January 31, 2010 0 comments
menusuk jiwa
salam...
persoalan yg mungkin sukar temui jawapan...hayati
Posted by kernachenta-Nya at Sunday, January 31, 2010 0 comments
Wednesday, January 6, 2010
tak jelas
salam...
lagu ni bagus...tapi lirik ni tak berapa jelas...klu blh nak dgr lirik yang jelas...
Posted by kernachenta-Nya at Wednesday, January 06, 2010 0 comments
sekian lama
salam...
Agak lama juga kita tidak mendengar lagu yang khusus untuk insan yang sgt berjasa dlm kehidupan.Insan yang boleh dipanggil IBU,EMAK,UMMI,MAMA dll.Kini ada sebuah lagu baru yang agak menyentuh perasaan.Pertama kali mendengar dalam sebuah rancangan realiti,terus membekas dihati.Lagu KEKASIHKU ciptaan komposer terkenal Ajai, begitu meruntun perasaan apabila dibawa oleh seorang kanak2 yang berusia 12 tahun.Diikuti lirik lagu ini, sememangnya kasih seoarng anak tertumpah untuk ibunya. Adakah lagu ini akan setanding lagu UNTUKMU IBU nyanyian Mamat Exist?Hayatilah ia...
Posted by kernachenta-Nya at Wednesday, January 06, 2010 0 comments