? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, June 16, 2010

cerpen

BERMULANYA DI SINI….

Menempuh kehidupan dalam situasi sekarang sememangnya agak berbeza. 20 tahun yang lepas tidak sama seperti sekarang. Jika dahulu penggunaan telefon bimbit cukup terhad. Hanya golongan tertentu
sahaja yang mampu memilikinya. Tetapi kini segalanya berbeza. Bahkan kanak-kanak berusia tiga tahun pun tahu menggunakan telefon bimbit.
Apa lagi ya yang berbeza. Yup tempat kelahiran. Dulu tempat kelahiranku tersaji dengan pemandangan yang menghijau. Tetapi kini cukup berbeza. Kini dipenuhi dengan hutan batu. Yup hutan batu,maknanya pembangunan di sana-sini. Seolah-olah hilang seri tempat kelahiranku. Tetapi apa kaitannya tempat kelahiranku dengan kisahku.
Aku kembali kini. Menjejaki apa yang telah kutinggalkan hampir 20 tahun yang lepas.Jauh ku renung pohon pinang yang masih setia ada disitu…..
" Intan gemuk….bulat macam Doraemon. Fahry cuba kau tengok Intan tu. Entah-entah dalam poket dia penuh dengan roti bulat yang Doraemon suka makan tu"
" Ha…ha…ha……" Razi tak habis-habis menyakat Intan.
" Takpa….Razi , sekarang awak nampak saya ni bulat macam Doraemon, tengok satu hari nanti saya comel macam Sizuka"
Tersenyum aku mengenangkan peristiwa lama bersama teman-temanku. Di bawah pohon pinang inilah aku bermain bersama kawan-kawanku.Intan, Razi , Alia, Hafiz dan Fahry.
" Erm di mana mereka sekarang " hatiku berbisik.
___________________

" Cik Rania, ada panggilan untuk Cik," tiba-tiba setiausahaku menghubungiku melalui intercom memaklumkan kepadaku.
" Dari mana , siapa?"
" Encik Zain dari Widad Konsortium "
" Oh…baiklah, tolong sambungkan. Thanks, Laila"
" Assalamualaikum, ini Cik Rania Husna ke, saya Zain dari Widad Konsortium. " Si pemanggil memperkenalkan diri.
" Waalaikum salam, ya saya. Panggil saya Rania jer" Aku berbalas kata dengan si pemanggil.
" Begini cik, saya ingin maklumkan berkenaan projek ubahsuai pejabat kami ni. Pengurus kami telah bersetuju untuk melantik syarikat cik melaksanakan projek ni. So harap cik boleh datang ke pejabat kami untuk urusan yang selanjutnya. Bila cik boleh datang?"
" Alhamdulillah, terima kasih Encik Zain. Baiklah saya akan sampai jam 2.30 petang ni. Boleh tak Encik Zain ?"
" Baiklah , saya tunggu."
" Terima kasih, Assalamualaikum."
" Waalaikum salam." Seiring dengan itu panggilan telefon dimatikan.
" Alhamdulillah, aku bersyukur Ya Allah atas rezeki Mu ini."
_________________
" Laila, nanti tolong sediakan fail-fail projek ubahsuai pejabat Widad Konsortium tu sebelum makan tengah hari nanti. Tolong inform pada Najwa saya nak ajak dia temankan saya petang ni."
" Ke mana cik?"
" Erm pergi ke pejabat Widad Konsortium tu lah.Tolong pesan dengan Najwa saya nak bergerak jam 2.00 ni"
" Baiklah cik."
Menguruskan sebuah perniagaan memerlukan ketepatan masa dan yang paling penting komitmen. Minat yang mendalam dalam bidang Rekaan Dalaman telah membawa aku pergi jauh menimba pengalaman. Kini telah tiba masanya ku curahkan segala pengalaman yang ada untuk mencari rezeki di sini. Di bumi kelahiranku.
Tepat jam 2.00 petang, aku dan rakan kongsiku Najwa bergerak menuju ke pejabat Widad Konsortium yang terletak di kawasan Nusa Jaya. Sepanjang perjalanan , fikiranku merangka-rangka hasil kerja yang terbaik untuk pejabat tersebut.
_____________________
" Tahniah, awak berjaya dapat 5A." kawan-kawanku menghulurkan salam ucapan tahniah buatku.
" Alhamdulillah.Awak semua apa kurangnya. 3A pun ok kan."
" Tapi tak sama macam awak. 5A sangat cemerlang.Awak seorang sahaja calon yang dapat 5A.Lepas ni awak nak sambung belajar di mana?" temanku Intan bertanya.
" Saya tak tahu lagi. Hajat dihati nak sambung belajar di sini sahaja."
" Ehhh…orang yang cemerlang macam awak mana boleh belajar di sini sahaja. Kami yakin tak lama lagi pasti awak akan dapat tawaran belajar di sekolah asrama penuh." temanku Alia pula bersuara.
Cukup manis detik itu untuk dikenang. Rasa rindu pada mereka cukup menebal dalam hatiku. Bila agaknya kita semua akan dapat bertemu. Biarlah masa yang menentukan segalanya.
______________
Pagi ini aku bercadang untuk pulang seketika ke kampungku. Menjejaki memori silam. Aku hanya ingin berdiri dibawah pokok pinang mencari sesuatu. Apa yang kucari? Entah aku pun tidak pasti.
" Awak tahu tak Alia, hari tu saya dengar Hafiz cakap pada Razi, dia suka pada Rania. Awak tahu apa Razi cakap?"
" Razi cakap apa?"
" Dia cakap engkau ni sengallah,kecik-kecik dan nak cintan-cintun. Pastu Razi gelakkan si Hafiz. Benganglah Hafiz."
" Hehehehehhikhikhik….." Intan ketawa sambil merah padam mukanya, menampakkan lagi lesung pipitnya yang tenggelam dek kerana mukanya yang tembam.
Aku yang terdengar perbualan dua orang temanku hanya tersenyum.Lagipun waktu itu umurku baru sahaja mencecah angka 12. Tidak perlu ku tahu dan fahami erti sayang atau cinta untuk kanak-kanak seusiaku.
Aku tersenyum lagi mengingatkan kisah silam di bawah pokok pinang ini. Terlalu banyak sejarah yang tercipta dalam dunia kanak-kanak kami. Di bawah pokok pinang ini aku terkenang peristiwa yang sungguh melucukan. Kepalaku pernah terhantuk pada batang pokok pinang.
Ini berlaku semasa kami berenam bermain Nenek-nenek Si Bongkok Tiga. Waktu itu aku menjadi nenek. Mataku ditutup. Aku mula meraba-raba mencari teman-temanku yang lain. Setelah puas berpusing mencari teman-temanku, aku terlanggar batu yang ada di situ. Akibatnya, kepalaku terhantuk pokok batang pinang tersebut. Semua teman-temanku mentertawakan aku. Merah padam mukaku yang putih bersih ini.

_____________
" Cik Rania , tadi encik Zain dari Widad Konsortium telefon. Dia pesan Cik Rania boleh ambil cek bayaran projek yang syarikat kita siapkan petang ni. " Laila setiausahaku memaklumkan berita gembira buatku.
" Alhamdulillah Laila, ini rezeki untuk kita semua. Insya Allah kalau kita terus bekerja kuat dan memberi komitmen yang tinggi , kita pasti akan terus berjaya. Baiklah, petang nanti saya pergi pejabat Encik Zain tu." Aku mematikan perbualanku dengan Laila. Kakiku melangkah masuk ke bilik ku. Bilik ini sentiasa tersusun kemas. Sedap mata memandang. Pandangan ku halakan ke luar jendela. Kelihatan laut China Selatan sedang berombak tenang. Ini keputusanku. Mencari rezeki di negeri sendiri. Itu pun setelah hampir lapan tahun mencari rezeki di negara orang. Hujan emas di negeri orang , hujan batu di negeri sendiri.
______________
" Tahniah Cik Rania . Hiasan dalaman yang syarikat cik laksanakan mendapat pujian dari orang kuat pejabat ni. Encik Zikri amat berpuas hati. Dia berharap satu hari nanti dapat bekerjasama lagi. Ini cek bayarannya Cik Rania." Encik Zain menyerahkan sekeping cek yang cukup bernilai buat ku.
" Baiklah Encik Zain, terima kasih saya ucapkan. Sekiranya tidak ada apa-apa lagi, saya balik dulu."
" Terima kasih sekali lagi Cik Rania ."
___________________
Kaki ku terus melangkah laju menuju ke tempat parkir kenderaan. Hatiku berbunga riang. Selesai satu projek, Alhamdulillah. Ada lagi lima projek yang perlu ku selesaikan penghujung bulan ini. Insya Allah, team kakitanganku sememangnya handal dan hebat. Rakan kongsiku Najwa sememangnya hebat juga. Walaupun usianya berbeza dariku hampir enam tahun, seorang yang masih muda, tetapi dia seorang wanita yang cukup komitmen dalam kariernya. Aku rasa bertuah kerana dapat bekerjasama dengan mereka.
_____________

" Rania kami harap awak takkan lupakan kami. Kami sentiasa ada di sini. Kalau awak ada masa tulislah surat pada kami " temanku Alia berpesan.
" Insya Allah, awak semua jangan lupakan saya ya. Lepas ni tak dapat kita main bersama. " sedih hatiku.
" Kami tak lupakan awak.Takut awak yang akan lupakan kami" Razi pula bersuara.
" Baiklah, saya dah nak bergerak ni. Insya Allah kita akan jumpa lagi. Ingat ya nama kita semua ada di batang pokok pinang tu. Selagi pokok pinang itu masih gagah berdiri di situlah kita semua akan tetap bersama"
Itulah detik terakhir pertemuan kami. Aku yang kebetulan mendapat tawaran belajar di sekolah berasrama penuh terpaksa meninggalkan mereka. Dalam masa yang sama juga bapaku telah membawa keluargaku berpindah kerana telah dinaikkan pangkat. Sejak itu aku tidak berpeluang untuk menemui mereka.
Ya itulah yang aku cari. Nama teman-temanku di pokok pinang ini. Walau agak sedikit kabur tapi masih ada tulisan yang terbentuk. Di pokok pinang ini kami memahatkan nama kami. Biar tidak lupa, kami berbicara.
____________
Kenangan, memori,ingatan…arghhh kenapa semua insan di dunia ini akan berbicara tentang kenangan. Dan aku , kenapa perlu pulang ke mari menjejak kenangan. Entahlah aku pun tidak pasti.
Tiba-tiba lagu Jason Mraz I'm Yours berkumandang mematikan khayalanku, opss bukan , mematikan kenanganku.
" Assalamualaikum " aku menjawab panggilan.
" Waalaikum salam, Cik Rania Husna ,ni saya Zain dari Widad Konsortium." si pemanggil memperkenalkan diri.
" Ya encik Zain, ada apa-apa yang saya boleh bantu?"
" Begini cik Rania Husna , boss saya, En. Zikri nak jumpa dengan Cik. Agaknya bila Cik boleh berjumpa dengan boss saya tu?"
" Oh ya ker…Berkenaan apa yer, boleh saya tahu?"
" Ni berkenaan dengan projek baru. Pihak boss saya hendak bekerjasama lagi sekali dengan Cik Rania Husna."
" Oh…baiklah. Jika begitu hari Isnin boleh. Jam 10.00 pagi. Tapi di mana yer kita nak berjumpa tu?"
" Kalau begitu Cik Rania Husna boleh datang office ni tak?"
" Insya Allah, boleh.Baiklah kita jumpa Isnin ni yer Encik Zain. Terima kasih"
" Terima kasih kembali. Assalamualaikum"
" Waalaikum salam"
Perbualan telefon terhenti disitu. Aku terus mencatat temujanji hari Isnin dalam PDA ku.semoga tidak terlupa.
________________
" Assalamualaikum, boleh saya berjumpa dengan Encik Zain?"Pagi itu aku terus bergerak dari rumah menuju ke pejabat Widad Konsortium.
" Waalaikum salam. Sebentar yer Cik."
" Assalamualaikum Cik Rania Husna. Bagus tepat pada masanya. Baiklah Cik boleh ikut saya. Boss saya dah tunggu di dalam." Encik Zain menyambut kedatanganku.
" Assalamualaikum Tuan, ni Cik Rania Husna dari Nawwal Design Art Work dah sampai."
" Waalaikum salam. Ok Zain jemput dia masuk" kedengaran suara yang cukup tegas dari balik pintu.
Aku melangkah masuk. Tetapi ada sesuatu yang menarik perhatianku. Sekeping gambar yang tergantung di kiri ruang bilik tersebut. Wajah kanak-kanak enam orang. Ceria dan manis. Aku seolah pernah melihat wajah-wajah tersebut.
" Assalamualaikum….Saya Hafiz Zikri. Tetapi boleh panggil saya Zikri."
Aku terkesiap seketika. Terkejut. Inilah Hafiz ,kanak-kanak yang comel. Teman sepermainan ku di bawah pokok pinang itu.
" Encik Zikri , saya Rania Husna , dari Nawwal Design Art Work." suaraku berbaur segala perasaan waktu itu.
" Rania Husna ?! Ini Rania . Rania kawan saya di bawah pokok pinang tu ker?" Hafiz agak terkejut dengan kehadiranku.
" Yer Encik Zikri. Saya Rania Husna"aku mengiakan kata-katanya.
" Dahlah jangan berencik-encik dengan saya. Alah Rania panggil je saya Hafiz. Macam dulu-dulu."
" Zain ni kawan sekampung saya. Masa kecil-kecil dulu dia ni paling pandai. Tapi sejak dia pindah terus hilang khabar berita. Oklah Zain you boleh teruskan kerja you.Thanks."
Zain melangkah keluar dari bilik tersebut.
" Rania , so apa khabar awak sekarang. Lama ye kita tak jumpa.Dah dekat 20 tahun rasanya. Rania anak awak dah berapa?"
" Sorry Hafiz saya belum ada jodoh. Belum kahwin. Boleh saya tanya sesuatu?"
" Ohh maaflah Rania. Yer apa yang awak nak tahu?"
" Kenapa awak gantung gambar kita semua dalam bilik awak ni?"
" Gambar tu terlalu banyak kenangan. Terutamanya buat saya. Err awak nak tahu satu perkara tak?"
" Apa dia?"
" Intan dengan Razi dah lama kahwin. Anak dah empat pun. Dulu beria si Razi mengejek Intan macam Doraemon. Lucu kan?!" Hafiz bercerita sambil tersenyum.
" Dah namanya jodoh itu ketentuan Tuhan , Hafiz. Wahh Hafiz awak dah berjaya sekarang yer."
" Ini sebenarnya bukan milik saya. Ini milik isteri saya. Ayah mertua minta isteri saya uruskan. Tetapi isteri saya serahkan terus pada saya. Erm Rania dah hampir waktu lunch ni. Jom saya belanja awak makan. Erm satu lagi, berkenaan projek yang Zain cakapkan tu, nanti sebelum keluar makan awak boleh ambil failnya dari setiausaha saya kat luar tu, namanya Nazatul. Awak boleh minta dari dia."
_________________

Makan tengah hari bersama teman lama, banyak perkara yang dibualkan. Dari kisah zaman kanak-kanak hinggalah perkembangan terkini.
" Kawan-kawan kita yang lain apa ceritanya?" Aku mula berbicara.
" Macam saya katakan tadi, Razi dengan Intan dah kahwin. Alia pula dah berhijrah ke Sweden,ikut husband ke sana. Fahry pula takkan awak tak perasan, dia kan dah jadi tokoh korporat terkenal sekarang ni.Lately wajah dier banyak terpampang dalam majalah"
" So Fahry Hassan opss Datuk Fahry Hassan tu dialah yer.Saya ada terbaca dalam majalah bulan lepas.Tapi tak sangka itu Fahry yang saya kenal dahulu"
"Yup it's him. Well dulu dia kan agak ireng kulitnya…hehehheh…but now his look different kan?"
" Yup.Itulah namanya perubahan."
Makan tengahari kami sungguh menggembirakan.Berbual menjejaki teman lama. Sungguh indah pertemuan itu.
____________________________

Rutin biasa kehidupan ku.Pagi pergi ke pejabat. Jika ada temujanji aku akan uruskan bertemu dengan para pelanggan.Prinsip ku pelanggan tetap nombor satu. Seperti kata-kata pujangga Eropah 'Customer Is Always Right'.
" Salam Cik Rania, ada panggilan dari en.Zain wakil Widad Konsortium"
" Baiklah sambungkan"
" Assalamualaikum Cik Rania. Saya wakil en.Hafiz ingin menjemput Cik ke majlis makan malam syarikat kami.Harap Cik sudilah kiranya menerima jemputan kami."
" Ermmmm…." aku berfikir sejenak.
" Bila tu en.Zain"
" 4 April nie. Jam 8 malam di Hotel Hyatt"
" Begini en. Zain yer.Saya tengok jadual saya dulu. Saya akan hubungi en.Zain semula nanti".
" Baiklah Cik Rania . Besarlah kiranya harapan kami Cik Rania dapat menghadirkan diri. "
" Insya Allah.Terima kasih en.Zain.Assalamualaikum" talian dimatikan.
Aku merujuk PDAku, melihat sekiranya ada temujanji lain.Nampaknya aku akan hadir majlis ini.Insya Allah….
________________________
" Wow Cik Rania Husna….you look different tonight. Actually thanks for coming" Sapaan Hafiz Zikri menyambut ku.
" Thanks en. Hafiz. " Aku hanya tersenyum membalas sapaannya.
" Erm silakan , Cik Rania Husna. Meja cik di sana." En.Zain menjemputku.
Aku mengambil tempat. Tanpa kusedari tempat yang disediakan untukku bersebelahan Hafiz Zikri. Serba salah aku dibuatnya.
" Apa kata isterinya nanti. " Hatiku berdetik.
" Assalamualaikum dan selamat malam semua. Seperti yang kita semua maklum majlis makan malam ini merupakan majlis tahunan yang biasa kita adakan. Majlis ini adalah untuk meraikan pekerja-pekerja syarikat yang cemerlang.Saya menjemput our big boss, Mr Hafiz Zikri untuk mengumumkan pekerja yang menunjukkan prestasi yang paling cemerlang untuk tahun 2009. With a great pleasure we invite our best big boss , still single and available Mr. Hafiz Zikri. Please welcome sir." En. Hakimi pegawai pemasaran syarikat merangkap pengerusi majlis membuat pengumuman menjemput pengarah syarikat dalam nada bergurau. Terdengar tepukan mengiringi Hafiz Zikri ke pentas utama.
" Mungkin keakraban mereka dalam syarikat , senda gurau menjadi rencah dalam kehidupan." Hatiku berkata-kata.
" Terima ksih kepada pengerusi majlis , Mr Hakimi , he's still single and available too. Miss Dayana please fill in the blank." Hafiz Zikri memulakan bicara dengan nada mengusik sambil tersenyum.
" Assalamualaikum dan selamat malam untuk semua. Terima kasih en. Hakimi selaku pengerusi majlis malam ini. Baiklah sepertimana yang kita tahu, setiap tahun syarikat kita Widad Konsortium akan mengadakan majlis makan malam untuk meraikan para kakitangan syarikat yang bertungkus lumus menjayakan syarikat. Saya amat berbangga dapat bekerjasama dengan sebuah pasukan kerja yang cukup cemerlang. Terima kasih saya ucapkan. Kejayaan syarikat kita pada hari ini merupakan usaha tuan-tuan dan puan-puan yang tidak pernah mengenal erti kekalahan.
Apa yang ingin saya nyatakan disini , anda semua cemerlang.Anda semua terbaik.Anda adalah sebuah organisasi yang begita mantap. Thanks to all. I'm so glad and really really appreacite about that. Baiklah , pekerja paling cemerlang pada tahun ini , yang pertama Mr. Hakimi Haziq Abdullah dan yang kedua Miss Intan Puteri Dayana Haris."
Hafiz Zikri mengumumkan staf paling cemerlang Widad Konsortium. Sebuah syarikat berprestasi tinggi. Syarikat anak melayu yang sudah mula dikenali di kawasan timur tengah, Dubai antaranya.
" Ermmm…terima kasih to our big boss.With honourable and great pleasure , kami menjemput sekali lagi en. Hafiz Zikri menyampaikan anugerah kepada pekerja cemerlang tahun 2009.Majlis menjemput Miss Intan Puteri Dayana Haris untuk menerima anugerah." Hakimi menjemput Intan Puteri Dayana ke pentas utama.
Terdengar tepukan gemuruh mengiringi langkah Intan Puteri Dayana ke pentas utama. Kelihatan Hafiz Zikri menyampaikan cenderahati dari syarikat.
" So Mr Hakimi , siapa pula nak invite you terima anugerah?" kedengaran satu suara dari arah tepi dewan.
" Hahahahahahahahahha…." terdengar tawa memecah suasana.
Hakimi tersenyum sambil memandang en. Zain senior assistant director Widad Konsortium yang berdiri bersebelahan CEO syarikat , merangkap orang kanan Hafiz Zikri seakan memohon simpati.
" Dengan ini majlis mempersilakan En. Hakimi Haziq Abdullah untuk menerima cenderahati atas khidmat cemerlang beliau." Suara en. Zain memecah suasana.
Tepukan gemuruh mengiringi majlis penyampaian anugerah. Gamat suasana dewan di hotel Hyatt. Majlis berlangsung dengan meriah tetapi masih terkawal.
Usai penyampaian anugerah , Hafiz Zikri dilihat melangkah ke arah pembesar suara.
" Barangkali ada sesuatu yang ingin dinyatakan." Hatiku berbisik. Aku sekadar memerhati.
" Baiklah perhatian semua , saya ada sesuatu perkara nak umumkan."
" En. Hafiz nak kawin ke?" Terdengar suara nakal mengusik lagi.
" Ish diaorang ni tak habis-habis nak bergurau. Setahu aku Hafiz kan dah kawin." Getus hatiku.
" Erm Insya Allah Johan , tak lama lagi.Pasti saya akan jemput kamu semua." Kulihat Hafiz Zikri membalas tanpa ada rasa bersalah. Tetapi yang membuat aku bertambah pelik , Hafiz tetap melayan kata-kata pekerjanya. Seimbas jawapan Hafiz , kulihat juga dia seakan menoleh ke arahku. Aku bingung.
" Baiklah saya ingin umumkan disini bahawa pihak pengurusan syarikat telah bersetuju untuk memberikan bonus empat bulan gaji untuk semua." Hafiz mengumumkan perkhabaran gembira untuk semua kakitangannya dengan nada yang cukup ceria dan bersemangat.
" Yahuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu." Kedengaran sorak kegembiraan menggamatkan dewan.
" Terima kasih en. Hafiz. Kami doakan en. Hafiz dan dimurahkan rezeki dan bertemu jodoh cepat-cepat." Kedengaran satu suara dari sebelah kanan dewan.
" Thanks Ikram.I hope so."
Selepas pengumuman pemberian bonus syarikat , majlis diteruskan dengan acara silap mata dan persembahan nyanyian oleh kakitangan syarikat yang berbakat. Hafiz Zikri kembali ke tempatnya bersebelahan denganku. Sambil yang lain menjamu selera dengan pelbagai hidangan yang disediakan.
" Rania , kenapa tak makan? Tak sedap ke makanan kat sini? " Hafiz bertanya.
" Erm ….tak adalah. Leka pula tengok persembahan silap mata tadi." Jawabku. Tetapi dalam hatiku bercampur pelbagai perasaan.
" So Rania, macam mana dengan life sekarang ni?" Hafiz bertanya. Cuba menarik perhatianku untuk terus berbual dengannya.
" Erm…life…whatever it is…life must goes on, isn't it."
" Yup you're right. Whatever it is , kehidupan mesti diteruskan.So bisnes ok?"
" Alhamdulillah. Bersyukur kepada Pemberi Nikmat yang paling Agung , tidak pernah melupakan hambanya. Tapi taklah sehebat en. Hafiz Zikri CEO Widad Konsortium. The most successful company in Malaysia including Middle East."
" Oh….alhamdulillah. Ini semua pemberian-Nya. So as a His slave , we are obliged to obey His every command. Bukankah begitu Cik Rania Husna?" Ada nada tazkirah dalam pertanyaannya.
Aku tersenyum sambil menganggukkan kepala.
" En. Hafiz . dah berapa lama you buka company ni?" Aku bertanya.
" Please don't call me En. Hafiz. I've told you before , just call me Hafiz. Ermmm kan I dah pernah cerita dulu , company ni bapa mertua I yang punya. So dia dah serahkan pada anak kesayangan dia , my wife. Tapi wife saya minta saya yang uruskan syarikat ni." Dia menjawab sambil tersenyum.
" Ermm sebut tentang your wife , mana yer wife you. Saya tak nampak pun dari tadi. biasanya bila ada annual dinner macam ni semua akan datang berpasangan." Akhirnya tercetus juga soalan yang menjadi tandatanya padaku. Rasa semacam lega yang amat sangat , seolah-olah sebiji batu yang berat di atas kepala telah jatuh.
" Ohh my wife. Dia ke luar negara , ke Paris . Holiday with her family. Biasalah kan perempuan sinonim dengan Paris. Bila dah sampai sana , shoping all the time.Heheheheheeh."
Hafiz Zikri menjawab sambil tertawa kecil.
" Maaf ya, Mr Hafiz,tak semua perempuan begitu. Lagipun saya bukan sama seperti mereka." Aku seolah-olah membangkang kata-katanya.
" Awak masih sama seperti dulu . Dua puluh tahun lepas , saya masih ingat kita pernah fight aktiviti perbahasan dalam kelas. Ingat tak lagi Ustazah Tasnim , dia pernah suruh kita tubuhkan 2 pasukan perbahasan. So you , Alia dan Intan wakil murid perempuan. Saya , Razi dan Fahry wakil murid lelaki. Tajuknya saya masih ingat , ' Kejayaan :- Murid Perempuan Lebih Rajin Dari Murid Lelaki ' . So you begitu bersungguh-sungguh berhujah. Yang paling I ingat sekali bila sesi penggulungan. Awak bangun dan berkata ; Saya bangkut sekali lagi mewakili teman-teman yang lain ingin menyatakan bahawa murid perempuan sememangnya lebih rajin dari murid lelaki.Kami yakin dan berpegang teguh dengan hujah kami.Sekian , terima kasih. Satu kelas tergelak besar bila you sebut bangkut semula.Dan yang paling best Ustazah Tasnim yang garang tu pun ketawa tengok you Rania." Panjang lebar Hafiz Zikri bercerita mengingatkan peristiwa tersebut. Aku masih ingat lagi. Aku tersenyum.
" Hafiz please , itukan kesalahan yang tidak disengajakan. Waktu tu saya rasa bersemangat untuk menegakkan kebenaran." Aku membalas kata-katanya dengan nada yang sedikit tegas.
" Hehehehehe yalah cik Rania Husna. Awak memang seorang yang tegas. Kalau awak tak tegas awak mesti dah lama kembali ke tanahair. Awak memang tegas dan kuat semangat. Kerja kat tempat orang lama-lama.Erm boleh saya tanya sesuatu?" Kata-katanya masih lagi bersisa dengan ketawa.
" Kalau soalan itu bisa saya jawab…saya akan berikan jawapan."
" Kenapa awak kerja kat negara orang lama-lama?" Ada ke itu soalannya. Ingatkan dia nak tanya kenapa aku tak kahwin-kahwin lagi sampai sekarang ker ? Apa ker ? Ish peliklah mamat nie.
" Ohhh… saja nak cari pengalaman. Lagipun bukan awak tak tau Mr Hafiz , rekaan dalaman ni kalau diluar negara sangat diminati dan permintaan pasaran cukup banyak. Lagi pun idea pun rasa sangat luas." Aku menjawab.
" Habis tu kalau dah macam tu kenapa balik sini semula?" Dia masih lagi bertanya.
" Awak pernah dengar peribahasa ni tak ; hujan emas dinegeri orang , hujan batu dinegeri sendiri." Aku membalas.
" Maknanya lebih baik dinegeri sendirilah yer.Akhirnya doa saya dimakbulkan." Dia berkata dengan nada suara yang agak perlahan.
" Ermm apa maksud Mr Hafiz ?" Aku menyoal.
" Maksud apa?" Aku jenis manusia yang tidak suka soalan dibalas dengan soalan.
" Tak….ayat terakhir tadi."
" Ohh…tak ada apa-apalah." Dia menjawab seraya mengelak.
" Excuse me , Mr Hafiz.Nampaknya sekarang dah tepat jam 11 malam. Kami semua nak pulang." Perbualan kami terhenti , En. Zain meminta izin untuk pulang.
" Oh ya ker. Tak perasan pula.Baiklah kamu semua boleh pulang. Terima kasih sebab sudi memeriahkan majlis ya." Hafiz membalas.
" En. Hafiz jangan pulang lambat-lambat. Kesian kat anak dara orang tu. Takut gak balik lewat malam ni. Bahaya……….." Kedengaran satu suara ,mengusik.
" Erm Fizi , don't worry . Semua under control.Heheheheheeh." Hafiz berbalas usikan. Merona merah wajahku . Seolah-olah ayat tersebut ditujukan buatku yang duduk bersebelahan Hafiz.
" Ok everybody , good night and thanks for coming. See u all on Monday."
" Ok , thanks Mr Hafiz." kedengaran satu suara mengucapkan terima kasih buat Hafiz Zikri sambil masing-masing bersalaman. Tetapi satu perkara yang aku perasan sejak tadi , Hafiz Zikri tidak pula bersalaman dengan staf wanita. Semasa menyampaikan anugerah kepada Puteri Intan Dayana tadi pun tidak bersentuhan tangan. Aku kagum dengan keperibadiannya.
" Oklah Mr. Hafiz , saya rasa dah lewat ni. Saya pun nak gerak dululah ya. Terima kasih kerana menjemput saya." Aku bangun mengucapkan terima kasih.
" Ohh…tak da hal lah. Lagipun awak kan kawan saya. Untuk pengetahuan awak juga cik Rania Husna , bukan malam ni je majlis yang awak kena hadir , untuk majlis yang akan datang pun awak wajib hadir. " Dia berkata sambil tersenyum.
" Baiklah , saya gerak dulu ya."
" Kejap….awak datang naik apa?" Dia bertanya.
" Saya datang dengan kereta sayalah. Kenapa Mr Hafiz ?" Aku membalas.
" Takpalah kalau gitu. Saya hantar awak sampai ke kereta. Tak baik biarkan anak dara orang berjalan sorang-sorang kat parking kereta tu. Bimbang." Dia berkata sambil tersenyum nipis.
" Erm…thanks" Aku cuma tersenyum.
Dia mengiringi ku hingga ke tempat parkir kereta. Walaupun aku agak rimas dengan sikap dia yang menghantarku ke kawasan parkir kereta , tetapi dalam masa yang sama aku rasa selamat bersamanya. Sebenarnya aku bimbang apa orang lain kata , sedangkan dia sudah berpunya. Aku……….erm entahlah.
____________________________
" Kanda , boleh dinda bertanya?"
" Boleh dinda. Silakan."
" Kenapa kanda pada awalnya bercerita yang kanda telah berkahwin."
" Ohhh…..Sebenarnya kanda hanya ingin bergurau senda dengan dinda. Kalau dinda nak tahu kanda sebenarnya terus menunggu dinda. Walau seribu tahun lagi. Tetapi kanda bersyukur sangat-sangat kini yang doa kanda telah dimakbulkan Tuhan. Hampir 20 tahun kita terpisah. Sebenarnya kanda memang sukakan dinda sejak kecil lagi. Dibawah pokok pinang inilah yang menjadi saksi bahawa kanda akan terus menunggu dinda." Hafiz Zikri menjawab persoalanku. Panggilan manja kami setelah diijabkabul. Itu permintaan Hafiz sendiri untuk memanggil dengan lafaz kanda dan dinda. Petang itu kami kembali mencoret kenangan dibawah pokok pinang yang terpahat nama kami.Kerana di sinilah bermula segalanya.
Aku bahagia kini. Bahagia yang amat sangat. Setelah lama merantau , kini aku kembali ke tempat asalku. Kini aku tidak akan pergi jauh lagi. Cukuplah telah kutemui bahagia disini. Pokok pinang yang menjadi saksi persahabatan kami sejak kecil. Kini pokok pinang ini juga menjadi saksi cinta kami yang mula mekar dibawah lembayung kasih Ilahi.

Hasil Sepenuhnya......
(faiez nour)