SEMOGA IMPIAN KALIAN JADI KENYATAAN.KUATKAN USAHA.GOL DAN TERUS GOL.JANJI HARUS DITEPATI.INGAT 4 PERKARA ( D.U.I.T ) :-
1) DOA
2) USAHA
3) ILTIZAM
4) TAWAKKAL
Monday, February 28, 2011
sentiasa doakan
Posted by kernachenta-Nya at Monday, February 28, 2011 0 comments
pantun lagi
NIAT DI HATI KATA BERSUNGGUH...
DIKETUK PERLAHAN BERBUNYI TABOH...
MARILAH BERSATU KITA TEGUH...
ANDAI BERCERAI KITA ROBOH...
DODOL DI KACAU SAMPAI LIKAT...
RENDANG DI DAPUR SEHINGGA PEKAT....
BERSAMA MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT...
BERSATU BERGANDING KATA SEPAKAT....
MENYAPA MESRA BERAMAH TAMAH...
TERJALIN KASIH TDK TERHINGGA...
KATA DISAMPAIKAN PENUH HIKMAH...
BERSULAM HIAS MADAH PUJANGGA...
HANYA YANG MANIS JD PILIHAN..
MANIS ITU PANDANGAN MATA...
BERUSAHA GIGIH JD TARUHAN...
BERSINAR NIAN JD PERMATA...
YG KURIK ITU KENDI...
YANG INDAH ITU BAHASA...
BIAR USAHA HINGGA MENJADI...
USAH LEKA DIBUAI RASA...
Posted by kernachenta-Nya at Monday, February 28, 2011 0 comments
Bila menyebut perkataan yang paling simple. Hanya 5 huruf mengikut ejaan masa kini.Lafaz yg paling mahal harganya buat seorang wanita. Sekali menyebut itulah anugerah. Bukan untuk diungkap semudah sebutan dalam ejaan. Wanita itu sendiri persepsi mereka terhadap perkataan itu sebenarnya tiada lafaz untuk dinilaikannya.
Ia bukan untuk dijual beli.Maksudnya bukan sekadar lafaz yang mudah diungkapkan pada bila-bila masa. Benar wanita itu jiwanya halus.Kerana kehalusan jiwanya maka lafaz itu begitu mahal harganya.Sekali diungkapkan buat dirinya dia akan memegangnya tuk selamanya. Dan sekali dihancurkan lafaz itu...maka akan hancurlah hatinya.
Tetapi bagaimana pula dengan lafaz yang tersimpan. Yang sukar nak diungkapkan.Adakah kerana keegoan menyebabkan lafaz ini dibiarkan dalam lipatan.Atau adakah salah jika melafazkannya.Adakah penggubalan undang-undang terhadap ungkapan lafaz tersebut. Benar dari zaman berzaman tiada undang-undang digubal untuk lafaz tersebut.Disebabkan oleh itu maka ada yang melafazkannya sesuka rasa. Bahkan ada yang tdk mampu melafazkannya sehingga akhir hayatnya.
Jika pernah terbaca sebuah keratan , seorang suami tdk pernah melafazkan kata-kata keramat itu buat isterinya. Akhirnya isterinya menderita sakit dan akhirnya pergi meninggalkannya. Tetapi si isteri terkilan krn amat mengharap si suami melafazkannya walau sekali.Si suami pula langsung tdk menyebutnya. Isteri pergi dengan hati yang sarat persoalan. Apakah salahku ? Apakah kekuranganku...suamiku tdk pernah melafazkannya pdku.....
Rupanya si suami takut apabila melafazkannya akan hilang rasa itu pada isterinya. Takutkan sesuatu yang tdk diketahui. Dan akhirnya si suami memang benar kehilangan. Kehilangan isteri dan paling di sesali adalah lafaz yang tersimpan tdk terungkap hingga akhirnya isterinya pergi dalam keadaan terkilan.
Maka buat semua , terutama para suami lafazkanlah ia, ungkapkanlah ia, sebutlah ia selalu. Bak kata orang, sebut selalu maka akan bertambah rasa itu. Tapi sebut dan ungkapkan ia pd insan yang dirasakan berhak menerima lafaz itu.Maka setelah membacanya dengan panjang lebar pasti tercetus soalan lafaz apakah itu. Inilah jawapannya lafazkanlah Saya SAYANG awak , Saya Cintakan awak..........khusus untuk insan yg berhak iaitu seorang yang bergelar isteri. Letakkan hak pada yang berhak, pulangkan hak buat yang berhak.
Hak sepenuhnya,
Alia widad 11’(faiz nor)
Posted by kernachenta-Nya at Monday, February 28, 2011 0 comments
Saturday, February 26, 2011
baca utk menambah ilmu..........
http://hasrulhassan.blogspot.com/2010/12/takwim-hijrah-14332011.html
Posted by kernachenta-Nya at Saturday, February 26, 2011 0 comments
berazam utk mengupdate yg baru sentiasa....
Posted by kernachenta-Nya at Saturday, February 26, 2011 0 comments
Friday, February 25, 2011
satu ..........
Sesungguhnya melalui satu tempoh kehidupan merupakan sebauah perjalanan.Dari saat di lahirkan hingga ke satu tempoh yang lain, perjalanan itu sungguh panjang dirasakan. Letih , lelah , penat dan seribu rasa bercampur dalam satu acuan.
Ingin menggapai satu impian bukan mudah. ingin merasai nikmat chenta misalnya....harus ada sesuatu untuk dichentai. namanya perasaan yg yg sukar tuk dimengerti. Chenta pada manusia...chenta pada haiwan....chenta pada TUHAN....chenta pada kehidupan.........
Ingin melahirkan chenta memerlukan penghayatan. Tetapi ketahuilah antara 2 perkara dlm kehidupan yang hadir tanpa diundanga adalah kematian dan rasa chenta. Ianya akan dtg bila2 masa.
Bila terdetik rasa itu hadir , makanya ia timbul dan terusnya subur. Tetapi dalam yang sama ianya perlu disiram dgn kasih sayang...belai ia dengan seluruh rasa dlm jiwa. Untuk itu rasa chenta pada NYA harus dtg dlm sebuah pakej yang lengkap.
Rasai kehadiranNYA adalah asas dlm IHSAN.....Suburkan ia dengan lafaz2 yang mulia........zikrullah sepanjang masa.Teruskan lagu2 berirama memujiNYA......Kalimah2 yang haq.....
Setiap hari kita meminjam drNYA degupan jantung kita tuk terus berdetak, kita tdk memiliki apa2........Kita hanya peminjam yang suatu hari nanti akan memulangkan apa yang dipinjam.
Seharusnya suburkanlah rasa CHENTA itu tanpa rasa berbelah bagi. Hanya Dia jua wajib terus dichentai dan diimani.Seterusnya bila dtg perkara kedua yang tak diundang iaitu kematian tdk akan meresahkan kita yang bakal kita hadapi kelak...........
Posted by kernachenta-Nya at Friday, February 25, 2011 0 comments