? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, January 26, 2013

Salam, Tahun 2012 tlh pun berlalu. Banyak suka dan duka dlm menempuh tahun tersebut. Kini 2013 menjelang sudah.Azam, ermm rasanya azam sentiasa baru setiap hari, tapi antara tercapai dan tidak. Kini Januari 2013 hampir berlalu pergi, Februari kini hampir muncul, ermm begitu pantas masa berlalu. Sbg insan yg lemah dan kerdil ini, rasanya penat berlari mengejar masa dgn menunaikan amanha dan tanggungjwb yg pelbagai. Jika mengira bilah bilah usia, ermm sudah jauh rasanya berjalan di muka bumi ini, rasanya dah hampir ke penghujung...Ermmm ingat undur semula, pasti mustahil...Apa pun kehidupan perlu diteruskan. Kerana hidup itu sebuah perjuangan....

Friday, December 2, 2011

genta rasa 11 (6A2011)



salam,
sudah lama rasanya tdk mengungkapkan kata2 yang indah di dalam blog ini. nak kata sibuk tak juga...tp sblm cuti persekolahan bermula hari itu sememangnya agak sibuk, guru tetap guru.
baiklah kini cuti telahpun bermula 2 minggu.tetapi rutin harianku sama shj, masih sibuk dengan chese tart, cupcake dan juga kdg2 bz dgn macaroon. panjang sungguh kisah sepanjang tahun 2011, apatahlagi kini telah memasuki fasa ke tahun 1433h, sememangnya byk perkara yang berlaku.
17/11 contohnya, sasaranku 15 orang akan berjaya memperolehi 5A dan 4A di dalam UPSR yang lepas tercapai.tahniah buat mereka semua. yang kurang berjaya pula, ketahuilah masih ada jaluran sinar cahaya bergemerlapan untuk membina kecemerlangan pada masa akan datang. yang berjaya, terus tingkatkan usaha untuk kekal dalam kotak kejayaan itu.
sesuatu yang benar apabila sejarah membenarkan pengertiannya adalah sesebuah kejadian di masa lalu (buku teks sejarah tingkatan 1 tahun 90an-masih ingat lg), maka kejayaan memetik 5 butir atau 4 butir bintang merupakan satu sejarah.
baiklah, kini mereka akan terus melangkah, menjadi anak remaja yang akan terus menongkah arus kehidupan dunia.mendoakan mereka tdk pernah lupus dari ingatan, moga mereka menjadi anak2 remaja yang beriman kelak.mereka ini kuharapkan akan bergelar seseorang pada suatu hari nanti.
menggalas tanggungjwb sbg seorang manusia memang berat. kadang2 tdk tertanggung dan terpikul, ttp teringat sentiasa sewaktu berjanji menjadi manusia terbaik didepanNYA (sewaktu berjaya mengalahkan butiran halus yang lain) untuk menumpang hidup di dunia, maka kuteruskan jua.kadangkala kalah dan tewas dengan dugaan, ttp cuba bangkit terus.
ini genta rasa, luahan jiwa.....
ermmmm, masih banyak lagi yg perlu dilaksanakan.tetapi aku hanya ingin mengatakan bahawa sesungguhnya ku amat menyayangi kalian.kalian telah membuktikan bawaha berusaha tanpa jemu akan membuahkan kejayaan.jika di sksl kalian telah bermula, maka akhirinya dengan penuh kegemilangan di tempat lain.perjalanan hidup kalian masih panjang, badai dan gelora yang bakal mendatang akan menguji kalian.terima kasih, muchas gracias, syukran atas segalanya...KALIAN 6A 2011 TETAP DALAM INGATAN....

Sunday, August 7, 2011

telatah

Wednesday, July 20, 2011

shout till u satisfy

salam,
hopefuly uols mmg really2x satisfied lah bila dah shout aritu, dan moga2 jeritan itu diangkat sbg doa ke langit terbuka dan dibawa oleh para malaikat dan di aminkan oleh seluruh penduduk di bumi dan di langit,ameen

genta rasa




genta rasa yg tersulam dgn selautan kaseh sayang, dgn di dalamnya wujud sebuah harapan, selautan impian, dan setiap kali sujud pdNya pasti terselit sekuntum doa buat mereka.

Sunday, July 17, 2011

simbolik sekeping hati

simbolik sekeping hati

hati,
ku punya ia, kamu punya ia
kita punya ia
warnanya pd dasar sebuah gambaran
MERAH
kuasa fungsinya besar
kuasa peranannya juga besar
lalu sbg khalifahNYA
harus menjaga ia
usah dikotori
dan usah dinodai
dan usah juga dicemari
walau ia nampak mudah
ttp hakikatnya ia terlalu sukar
menjaga sekeping hati
memerlukan mujahadah seluruh kehidupan
berjuang untuk syahid dalam
menjaganya
agar ia tdk tercemar dgn
penyakit duniawi
dalam sekeping hati walau tampak kecil
namun ianya besar tuk kita
maka semaikanlh dlm diri
bajai hatimu dgn ingatan pdNYA
al Khaliq yg mencipta sekeping hati
suburilah hatimu dgn cinta pada yg wajib dicintai (Ar Rahman)
semaikanlah rasa sayang hanya padanya (Ar Rahim)
dan itulah simbolik sekeping hati
TOUCH UR HEART , SEARCH UR SOUL

ori by,
faiez nour
15 sya'ban 1432h

Tuesday, May 31, 2011

qaseh sayang

salam,
sesuatu yg mudah dilafazkan ttp sebenarnya sukar menjd pengamalan ialah memberi kaseh sayang.sekiranya direnung dgn akal yg waras,kerna kaseh sayangNya jua kita semua berpeluang bernafas diplanet bumi ini.cuba bayangkan andainya kita ini dilontar jauh keplanet marikh yg pd dasarnya tiada hidupan pun yg hidup kerna keadaan di sana tdk sesuai untuk segala hidupan kerna kekurangan graviti dan sumber air.apatahlagi jika di tempatkan di planet pluto yg suasana sgt sejuk tdk dpt digambarkan dan pasti manusia spt kita tdk mampu menahan kesejukan yg bkn sekadar menggigit tulang temulang,bahkan lebih dari itu.
Lalu tdk slh kita menghidupkan rasa kaseh sayang kita tuk semua.kaseh pada haiwan,kaseh pada tumbuhan apatahlagi kaseh pada sesama insan.menjurus kpd kaseh sayang,jika kita menghayati konsep kaseh sayang,maka akan terbinalah sebuah jambatan ukhuwwah yg berasaskan ta'awun iaitu bekerjasama dan bertoleransi.maka ini akan mengelakkan budaya prasangka dan slh fhm yg kini sering mnjadi pokok asas perbalahan dan persengketaan.
kerna sayangkan muridnya seorg guru akan berkorban apa shj agar anak didiknya berjaya dlm hidup di dunia mahupun akhirat.apatahlagi kedua ibu bapa yg terlalu sygkan anaknya tdk akan mengizinkan seekor nyamuk pun menggigit tubuh anaknya,kaseh abg atau kakak akan menjaga adiknya apabila diamanahkan oleh ibu bapa mrk.maka konsep kaseh sayang ini terlalu luas utk dibicarakan.yg paling mudah sematkan dlm diri 'SEBARKANLAH KASEH SAYANG,DAN KETAHUILAH BHW KITA AKAN MENERIMA KEMBALI KASEH SAYANG TERSEBUT dan kita biasa mendgr ungkapan ini SAYANGILAH SAUDARAMU SPT MANA
KAMU MENYAYANGI DIRIMU SENDIRI,maka hidupkan lah kaseh sayang dlm diri,berikanlah kaseh sayang itu krn Tuhanmu.