? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, December 2, 2011

genta rasa 11 (6A2011)



salam,
sudah lama rasanya tdk mengungkapkan kata2 yang indah di dalam blog ini. nak kata sibuk tak juga...tp sblm cuti persekolahan bermula hari itu sememangnya agak sibuk, guru tetap guru.
baiklah kini cuti telahpun bermula 2 minggu.tetapi rutin harianku sama shj, masih sibuk dengan chese tart, cupcake dan juga kdg2 bz dgn macaroon. panjang sungguh kisah sepanjang tahun 2011, apatahlagi kini telah memasuki fasa ke tahun 1433h, sememangnya byk perkara yang berlaku.
17/11 contohnya, sasaranku 15 orang akan berjaya memperolehi 5A dan 4A di dalam UPSR yang lepas tercapai.tahniah buat mereka semua. yang kurang berjaya pula, ketahuilah masih ada jaluran sinar cahaya bergemerlapan untuk membina kecemerlangan pada masa akan datang. yang berjaya, terus tingkatkan usaha untuk kekal dalam kotak kejayaan itu.
sesuatu yang benar apabila sejarah membenarkan pengertiannya adalah sesebuah kejadian di masa lalu (buku teks sejarah tingkatan 1 tahun 90an-masih ingat lg), maka kejayaan memetik 5 butir atau 4 butir bintang merupakan satu sejarah.
baiklah, kini mereka akan terus melangkah, menjadi anak remaja yang akan terus menongkah arus kehidupan dunia.mendoakan mereka tdk pernah lupus dari ingatan, moga mereka menjadi anak2 remaja yang beriman kelak.mereka ini kuharapkan akan bergelar seseorang pada suatu hari nanti.
menggalas tanggungjwb sbg seorang manusia memang berat. kadang2 tdk tertanggung dan terpikul, ttp teringat sentiasa sewaktu berjanji menjadi manusia terbaik didepanNYA (sewaktu berjaya mengalahkan butiran halus yang lain) untuk menumpang hidup di dunia, maka kuteruskan jua.kadangkala kalah dan tewas dengan dugaan, ttp cuba bangkit terus.
ini genta rasa, luahan jiwa.....
ermmmm, masih banyak lagi yg perlu dilaksanakan.tetapi aku hanya ingin mengatakan bahawa sesungguhnya ku amat menyayangi kalian.kalian telah membuktikan bawaha berusaha tanpa jemu akan membuahkan kejayaan.jika di sksl kalian telah bermula, maka akhirinya dengan penuh kegemilangan di tempat lain.perjalanan hidup kalian masih panjang, badai dan gelora yang bakal mendatang akan menguji kalian.terima kasih, muchas gracias, syukran atas segalanya...KALIAN 6A 2011 TETAP DALAM INGATAN....

Sunday, August 7, 2011

telatah

Wednesday, July 20, 2011

shout till u satisfy

salam,
hopefuly uols mmg really2x satisfied lah bila dah shout aritu, dan moga2 jeritan itu diangkat sbg doa ke langit terbuka dan dibawa oleh para malaikat dan di aminkan oleh seluruh penduduk di bumi dan di langit,ameen

genta rasa




genta rasa yg tersulam dgn selautan kaseh sayang, dgn di dalamnya wujud sebuah harapan, selautan impian, dan setiap kali sujud pdNya pasti terselit sekuntum doa buat mereka.

Sunday, July 17, 2011

simbolik sekeping hati

simbolik sekeping hati

hati,
ku punya ia, kamu punya ia
kita punya ia
warnanya pd dasar sebuah gambaran
MERAH
kuasa fungsinya besar
kuasa peranannya juga besar
lalu sbg khalifahNYA
harus menjaga ia
usah dikotori
dan usah dinodai
dan usah juga dicemari
walau ia nampak mudah
ttp hakikatnya ia terlalu sukar
menjaga sekeping hati
memerlukan mujahadah seluruh kehidupan
berjuang untuk syahid dalam
menjaganya
agar ia tdk tercemar dgn
penyakit duniawi
dalam sekeping hati walau tampak kecil
namun ianya besar tuk kita
maka semaikanlh dlm diri
bajai hatimu dgn ingatan pdNYA
al Khaliq yg mencipta sekeping hati
suburilah hatimu dgn cinta pada yg wajib dicintai (Ar Rahman)
semaikanlah rasa sayang hanya padanya (Ar Rahim)
dan itulah simbolik sekeping hati
TOUCH UR HEART , SEARCH UR SOUL

ori by,
faiez nour
15 sya'ban 1432h

Tuesday, May 31, 2011

qaseh sayang

salam,
sesuatu yg mudah dilafazkan ttp sebenarnya sukar menjd pengamalan ialah memberi kaseh sayang.sekiranya direnung dgn akal yg waras,kerna kaseh sayangNya jua kita semua berpeluang bernafas diplanet bumi ini.cuba bayangkan andainya kita ini dilontar jauh keplanet marikh yg pd dasarnya tiada hidupan pun yg hidup kerna keadaan di sana tdk sesuai untuk segala hidupan kerna kekurangan graviti dan sumber air.apatahlagi jika di tempatkan di planet pluto yg suasana sgt sejuk tdk dpt digambarkan dan pasti manusia spt kita tdk mampu menahan kesejukan yg bkn sekadar menggigit tulang temulang,bahkan lebih dari itu.
Lalu tdk slh kita menghidupkan rasa kaseh sayang kita tuk semua.kaseh pada haiwan,kaseh pada tumbuhan apatahlagi kaseh pada sesama insan.menjurus kpd kaseh sayang,jika kita menghayati konsep kaseh sayang,maka akan terbinalah sebuah jambatan ukhuwwah yg berasaskan ta'awun iaitu bekerjasama dan bertoleransi.maka ini akan mengelakkan budaya prasangka dan slh fhm yg kini sering mnjadi pokok asas perbalahan dan persengketaan.
kerna sayangkan muridnya seorg guru akan berkorban apa shj agar anak didiknya berjaya dlm hidup di dunia mahupun akhirat.apatahlagi kedua ibu bapa yg terlalu sygkan anaknya tdk akan mengizinkan seekor nyamuk pun menggigit tubuh anaknya,kaseh abg atau kakak akan menjaga adiknya apabila diamanahkan oleh ibu bapa mrk.maka konsep kaseh sayang ini terlalu luas utk dibicarakan.yg paling mudah sematkan dlm diri 'SEBARKANLAH KASEH SAYANG,DAN KETAHUILAH BHW KITA AKAN MENERIMA KEMBALI KASEH SAYANG TERSEBUT dan kita biasa mendgr ungkapan ini SAYANGILAH SAUDARAMU SPT MANA
KAMU MENYAYANGI DIRIMU SENDIRI,maka hidupkan lah kaseh sayang dlm diri,berikanlah kaseh sayang itu krn Tuhanmu.

Saturday, May 28, 2011

alhamdulillah

lafaz syukur itu sememangnya hanya pada Mu,26/5 yg lps,cerpen ku bertajuk Budimu Ku Junjung berjaya dpt tempat ke2,sesungguhnya aku menulis cerpen itu dlm jangkamasa lebih kurang 10 jam,menulis dlm keadaan tertekan,dan inilah hasilnya.Dan dlm masa yg sama tlh 2 buah dr 3 cerpenku tersiar di internet mndpt komen positif.Adakah Pungguk Rindukan Bulan ini akan kembali stlh sekian lama berhenti,nama pena yg pelbagai.Hihihihi,dan mungkin inilah sepatutnya kulakukan dr dulu lg.Jgn berhenti.Tapi tdk mengapa,walaupun rasa seolah2 sudah terlewat,tp biarpun terlewat ttp akan kuteruskan jua.Heheheheh :-P.
Dan berusaha utk menyiapkan bbrp projek yg tertangguh.Insya Allah berusaha kearah itu.Terima kasih pd 'Mata' yg mberi inspirasi.Dari pandangan mata itu,akal berkata2 dan akhirnya lahirlah sebuah cerita.

Thursday, April 7, 2011

syukur

Alhamdulilah sgt2 bersyukur kpd Allah krn mengurniakan byk nikmat buat diriku.Banyak berita baik yg kuterima,dan smlm tercatat dlm sejarahstlh 5 thn bertugas tetap, aku telah dipilih utk menerima anugerah perkhidmatan cemerlang @ apc. Terima kasih Tuhan.

Sunday, March 13, 2011

menulis entri terkini merupakan sesuatu yang sgt2 didambakan.ruang masa dan waktu itu seringkali menidakkan.huhuhuhuhuu, mcm bz...mcm tak...aduhai, pengurusan masa itu sgt2 perlu diterapkan.ttp diri ini mmg seorang yg sgt memntingkan masa dan pengurusannya.
bekerja itu mmg tak pernah habis. selepas satu siap, ada 10 lagi yg waiting list.huhuhuhu.takpalah, moga2 kerja yg dilaksanakan akan menjadi pemberat timbangan di akhirat kelak.menambah amal dgn siapkan kerja...kerja itu amal , amal itu ibadah...
di samping itu, menghitung hari setiap detik dan waktu.detik nadi itu rasanya dah sangat singkat. macam dah nak sampai je rasanya. 100 hari kemudian 40 hari , 7 hari dan 3 hari....dan akhirnya............
oklah...bila dah mula merepek...bila mual dah melalut...pemikiran entah ke mana...hati tiada di sini, tp kemana yer?entahlah tiada jawapan untuk banyak soalan. apapun tetap ada intonasi huhuhuhuhuh, tak tahulah apa sebenarnya.blurr, kosong , kelam...suram...nnt2 akan fikirkan apa dia...oklah salam......

Friday, March 11, 2011

syukur.....

syukur Alhamdulillah....
Assalamualaikum wbt.....syukur ke hadrat Allah kerana telah memberikan kelancaran dan kekuatan buat semua...kami amat2 bersyukur.Allah yang telah memberikan kekuatan kpd kami dlm menunaikan tanggungjwb dan semangat KERJASAMA yang sgt baik....maksud petikan sepotong ayat Kalamullah...TOLONG MENOLONGLAH KAMU DIATAS URUSAN KEBAIKAN DAN TAQWA.....
Sesungguhnya sesuatu perkara itu tdk berjalan lancar tanpa kerjasama semua pihak.Maka kerjasama itu sgt merupakan kunci kejayaan sesebuah agenda atau acara.Dan kelancaran itu dengan izinNya jua....Terima Kasih rakan-rakan...terima kasih anakanda sekalian...dan sgt2 berterima kasih pada Allah Tuhan Yang Maha Memiliki Hati kami.........

Saturday, March 5, 2011

all the best....


to:-
miss ifa , miss ain , miss irdina , miss amira , miss fatin , mr. afiq , mr.faiz and mr adib....jgn lupa...praktis...harap2 best...ok...all da best

Thursday, March 3, 2011

lafaz syukur

assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, Thank You Allah , Syukur adalah perkataan yang sinomim di pendengaran kita setiap hari. Terima kasih kita pada manusia krn kita melihat perbuatan baiknya kpd kita. Terima kasih pada Tuhan terlalu besar pula yang ingin dikupas.
Setiap hari byk yg kita lakukan , selama 24 jam sehari perhitungan masa, sepanjang itu kita seharusnya BERSYUKUR , SAY THANK YOU TO ALLAH , MERCI BEAUCOUP THE MOST GRACIAS AND THE MOST MERCIFUL...
Sebenarnya tanpa sedar, kita menikmati byk kebaikan dalam kehidupan , tanpa kita sedar juga, Dia menggerakkan hati kita untuk melakukan sesuatu, Dia juga yang menjaga hati kita, itupun jika kita meletakkan sepenuhnya hati kita padaNYA jua.Maka letakkan HATI kita ditempat yang sewajarnya , yg sepatutnya , yg seharusnya...letakkan ditempat yg HAQ kerna IA BERHAQ........

Tuesday, March 1, 2011

renung

assalamualaikum wbt........
Menjelang hari pasti terdetik...Ya Allah pantasnya masa berlalu.1/3/2011, kini berada suku pertama tahun 2011. Sesak nafas...berlalu hari yang lepas.Maka bertambah usia. Entahlah , adakah bertambahnya usia itu bertambahnya amal.
Meneruskan kehidupan dgn nadi berdenyut , darah masih panas menyusur tiap saraf urat hijau...dan sebenarnya semakin hampir kepada KEMATIAN.Saat sakarat menjamah tubuh semakin dekat. Allahuakbar.
Lantera hati yang sering lalai , hati yang sibuk mengejar dunia...maka akan keciciran amalan. Masya Allah , moga ada ruang dan peluang terus untuk kita sama memperbaiki diri.
Setiap kehidupan menghampiri kematian. Moga peringatan ini memberi satu motivasi utk terus membuat kebaikan dalam kehidupan.Kebaikan usah dihitung, kerna ada yang MAHA MENGHITUNG.Kebaikan biarlah ianya disuburi dengan keikhlasan, bkn dgn riak yang timbul dlm perasaan.
Membuat kebaikan satu tuntutan. Membuat kejahatan satu larangan.Itu adalah fakta. Maka kebaikan itu biarlah menjadi peneman dlm kehidupan di sana.Kita manusia biasa.
Kebaikan itu akan menjana kecemerlangan seterusnya akan terserlah kegemilanga.....

Monday, February 28, 2011

sentiasa doakan



SEMOGA IMPIAN KALIAN JADI KENYATAAN.KUATKAN USAHA.GOL DAN TERUS GOL.JANJI HARUS DITEPATI.INGAT 4 PERKARA ( D.U.I.T ) :-
1) DOA
2) USAHA
3) ILTIZAM
4) TAWAKKAL

pantun lagi

NIAT DI HATI KATA BERSUNGGUH...
DIKETUK PERLAHAN BERBUNYI TABOH...
MARILAH BERSATU KITA TEGUH...
ANDAI BERCERAI KITA ROBOH...

DODOL DI KACAU SAMPAI LIKAT...
RENDANG DI DAPUR SEHINGGA PEKAT....
BERSAMA MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT...
BERSATU BERGANDING KATA SEPAKAT....

MENYAPA MESRA BERAMAH TAMAH...
TERJALIN KASIH TDK TERHINGGA...
KATA DISAMPAIKAN PENUH HIKMAH...
BERSULAM HIAS MADAH PUJANGGA...

HANYA YANG MANIS JD PILIHAN..
MANIS ITU PANDANGAN MATA...
BERUSAHA GIGIH JD TARUHAN...
BERSINAR NIAN JD PERMATA...

YG KURIK ITU KENDI...
YANG INDAH ITU BAHASA...
BIAR USAHA HINGGA MENJADI...
USAH LEKA DIBUAI RASA...

Bila menyebut perkataan yang paling simple. Hanya 5 huruf mengikut ejaan masa kini.Lafaz yg paling mahal harganya buat seorang wanita. Sekali menyebut itulah anugerah. Bukan untuk diungkap semudah sebutan dalam ejaan. Wanita itu sendiri persepsi mereka terhadap perkataan itu sebenarnya tiada lafaz untuk dinilaikannya.
Ia bukan untuk dijual beli.Maksudnya bukan sekadar lafaz yang mudah diungkapkan pada bila-bila masa. Benar wanita itu jiwanya halus.Kerana kehalusan jiwanya maka lafaz itu begitu mahal harganya.Sekali diungkapkan buat dirinya dia akan memegangnya tuk selamanya. Dan sekali dihancurkan lafaz itu...maka akan hancurlah hatinya.
Tetapi bagaimana pula dengan lafaz yang tersimpan. Yang sukar nak diungkapkan.Adakah kerana keegoan menyebabkan lafaz ini dibiarkan dalam lipatan.Atau adakah salah jika melafazkannya.Adakah penggubalan undang-undang terhadap ungkapan lafaz tersebut. Benar dari zaman berzaman tiada undang-undang digubal untuk lafaz tersebut.Disebabkan oleh itu maka ada yang melafazkannya sesuka rasa. Bahkan ada yang tdk mampu melafazkannya sehingga akhir hayatnya.
Jika pernah terbaca sebuah keratan , seorang suami tdk pernah melafazkan kata-kata keramat itu buat isterinya. Akhirnya isterinya menderita sakit dan akhirnya pergi meninggalkannya. Tetapi si isteri terkilan krn amat mengharap si suami melafazkannya walau sekali.Si suami pula langsung tdk menyebutnya. Isteri pergi dengan hati yang sarat persoalan. Apakah salahku ? Apakah kekuranganku...suamiku tdk pernah melafazkannya pdku.....
Rupanya si suami takut apabila melafazkannya akan hilang rasa itu pada isterinya. Takutkan sesuatu yang tdk diketahui. Dan akhirnya si suami memang benar kehilangan. Kehilangan isteri dan paling di sesali adalah lafaz yang tersimpan tdk terungkap hingga akhirnya isterinya pergi dalam keadaan terkilan.
Maka buat semua , terutama para suami lafazkanlah ia, ungkapkanlah ia, sebutlah ia selalu. Bak kata orang, sebut selalu maka akan bertambah rasa itu. Tapi sebut dan ungkapkan ia pd insan yang dirasakan berhak menerima lafaz itu.Maka setelah membacanya dengan panjang lebar pasti tercetus soalan lafaz apakah itu. Inilah jawapannya lafazkanlah Saya SAYANG awak , Saya Cintakan awak..........khusus untuk insan yg berhak iaitu seorang yang bergelar isteri. Letakkan hak pada yang berhak, pulangkan hak buat yang berhak.

Hak sepenuhnya,
Alia widad 11’(faiz nor)

Saturday, February 26, 2011

baca utk menambah ilmu..........

http://hasrulhassan.blogspot.com/2010/12/takwim-hijrah-14332011.html

berazam utk mengupdate yg baru sentiasa....

Friday, February 25, 2011

satu ..........

Sesungguhnya melalui satu tempoh kehidupan merupakan sebauah perjalanan.Dari saat di lahirkan hingga ke satu tempoh yang lain, perjalanan itu sungguh panjang dirasakan. Letih , lelah , penat dan seribu rasa bercampur dalam satu acuan.

Ingin menggapai satu impian bukan mudah. ingin merasai nikmat chenta misalnya....harus ada sesuatu untuk dichentai. namanya perasaan yg yg sukar tuk dimengerti. Chenta pada manusia...chenta pada haiwan....chenta pada TUHAN....chenta pada kehidupan.........

Ingin melahirkan chenta memerlukan penghayatan. Tetapi ketahuilah antara 2 perkara dlm kehidupan yang hadir tanpa diundanga adalah kematian dan rasa chenta. Ianya akan dtg bila2 masa.

Bila terdetik rasa itu hadir , makanya ia timbul dan terusnya subur. Tetapi dalam yang sama ianya perlu disiram dgn kasih sayang...belai ia dengan seluruh rasa dlm jiwa. Untuk itu rasa chenta pada NYA harus dtg dlm sebuah pakej yang lengkap.

Rasai kehadiranNYA adalah asas dlm IHSAN.....Suburkan ia dengan lafaz2 yang mulia........zikrullah sepanjang masa.Teruskan lagu2 berirama memujiNYA......Kalimah2 yang haq.....

Setiap hari kita meminjam drNYA degupan jantung kita tuk terus berdetak, kita tdk memiliki apa2........Kita hanya peminjam yang suatu hari nanti akan memulangkan apa yang dipinjam.

Seharusnya suburkanlah rasa CHENTA itu tanpa rasa berbelah bagi. Hanya Dia jua wajib terus dichentai dan diimani.Seterusnya bila dtg perkara kedua yang tak diundang iaitu kematian tdk akan meresahkan kita yang bakal kita hadapi kelak...........