salam,
sudah lama rasanya tdk mengungkapkan kata2 yang indah di dalam blog ini. nak kata sibuk tak juga...tp sblm cuti persekolahan bermula hari itu sememangnya agak sibuk, guru tetap guru.
baiklah kini cuti telahpun bermula 2 minggu.tetapi rutin harianku sama shj, masih sibuk dengan chese tart, cupcake dan juga kdg2 bz dgn macaroon. panjang sungguh kisah sepanjang tahun 2011, apatahlagi kini telah memasuki fasa ke tahun 1433h, sememangnya byk perkara yang berlaku.
17/11 contohnya, sasaranku 15 orang akan berjaya memperolehi 5A dan 4A di dalam UPSR yang lepas tercapai.tahniah buat mereka semua. yang kurang berjaya pula, ketahuilah masih ada jaluran sinar cahaya bergemerlapan untuk membina kecemerlangan pada masa akan datang. yang berjaya, terus tingkatkan usaha untuk kekal dalam kotak kejayaan itu.
sesuatu yang benar apabila sejarah membenarkan pengertiannya adalah sesebuah kejadian di masa lalu (buku teks sejarah tingkatan 1 tahun 90an-masih ingat lg), maka kejayaan memetik 5 butir atau 4 butir bintang merupakan satu sejarah.
baiklah, kini mereka akan terus melangkah, menjadi anak remaja yang akan terus menongkah arus kehidupan dunia.mendoakan mereka tdk pernah lupus dari ingatan, moga mereka menjadi anak2 remaja yang beriman kelak.mereka ini kuharapkan akan bergelar seseorang pada suatu hari nanti.
menggalas tanggungjwb sbg seorang manusia memang berat. kadang2 tdk tertanggung dan terpikul, ttp teringat sentiasa sewaktu berjanji menjadi manusia terbaik didepanNYA (sewaktu berjaya mengalahkan butiran halus yang lain) untuk menumpang hidup di dunia, maka kuteruskan jua.kadangkala kalah dan tewas dengan dugaan, ttp cuba bangkit terus.
ini genta rasa, luahan jiwa.....
ermmmm, masih banyak lagi yg perlu dilaksanakan.tetapi aku hanya ingin mengatakan bahawa sesungguhnya ku amat menyayangi kalian.kalian telah membuktikan bawaha berusaha tanpa jemu akan membuahkan kejayaan.jika di sksl kalian telah bermula, maka akhirinya dengan penuh kegemilangan di tempat lain.perjalanan hidup kalian masih panjang, badai dan gelora yang bakal mendatang akan menguji kalian.terima kasih, muchas gracias, syukran atas segalanya...KALIAN 6A 2011 TETAP DALAM INGATAN....
Friday, December 2, 2011
genta rasa 11 (6A2011)
Posted by kernachenta-Nya at Friday, December 02, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment