? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, November 18, 2009

salam...
Idea apa yang paling sesuai untuk dipaparkan.Mungkin banyak cerita.Tetapi seolah tidak terluah.Itulah namanya yang dipanggil istilah BUNTU.Bila keBUNTUan melanda,jiwa pasti bergelora.BUNTU adakah sama istilah dengan BINGUNG.Ini kena rujuk pakar bahasa.Apa makna BUNTU,apa makna BINGUNG.Yang pasti mungkin tak sama dengan BENGANG lagu si Akim tu,heheheh....
BUNTU ni mungkin satu daripada keadaan apabila pemikiran manusia terhenti seketika.Seolah-olah tiada input, padahal dalam hati banyak perkara yang ingin diluahkan.Inilah yang dipanggil istilah bicara tak terluah dengan kata-kata.Ramai yang tidak sedar sebenarnya apabila seseorang manusia dilanda situasi BUNTU ini akan menjadi lebih kreatif dan inovatif.
Cuba kita lihat apabila seseorang itu BUNTU, tangannya akan melorek diatas sehelai kertas, tangannya secara tiba2 akan melukis corak yang pelbagai.Apabila direnung corak2 tersebut akan lahir hasil lukisan yang abstrak.Apabila direnung lukisan tersebut,semakin dihalusi dan diperhati akan menjana idea yang cukup hebat.Yup HEBAT.Itulah perkataan yang sesuai digunakan.
Cuba fikirkan dan renungkan kata-kata ini,BUNTU selepas itu HEBAT.Wow ini satu perkara yang jarang didengar,bukan kah begitu.Oklah cuba lihat pada diri kita sendiri,biasanya bila kita BUNTU ,kita akan ambil sehelai kertas A4,kemudian sebatang PEN langkah seterusnya kita akan menCONTENG.Tanpa kita sedari hasil CONTENGan kita akan memberi impak yang gempak.Kerna hasilnya adalah cukup ABSTRAK.Sebab waktu tangan kita memCONTENG,pemikiran kita seolah diluar kawalan.Kita hanya ikut gerak hati.Dan hasilnya......jeng...jeng...jeng....Kalau tidak percaya CUBALAH.
Inilah hasil dari BUNTU, menjadi sesuatu yang HEBAT,WOW hasilnya cukup ABSTRAK.Fikir-fikirkan lah...yang pasti Cubalah bila ada dilanda keBUNTUan.

0 comments: