? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, December 28, 2009

salam,                                                                                                                                                                                                   CUTI SEKOLAH  TELAH HAMPIR KEPENGHUJUNGYA.

Friday, December 18, 2009

inilah

salam...
maka inilah tokohnya Profesor Dr Yusof Al Qardhawi,seorang ulamak yang amat dikenali seluruh dunia.terlalu luas bidang ilmunya.terlalu banyak sumbangannya dalam dunia keilmuan.bukunya terlalu banyak yang digunakan sebagai bahan kajian dan rujukan.fiqh al awlawiyyat masih saya guna sebagai panduan dan lain2 lagi.dengarkan video ini akan terjawab persoalan...

TOKOH MAAL HIJRAH 1431 H...

Monday, December 14, 2009

perasaan

salam...

sebu hati ni takda sapa yang tahu.perasaan berbungkam dengan pelbagai perisa.heheheheh...apa yang aku merepek ni.bukan aku yang begitu...tapi orang lain.bercerita soal perasaan, ramai yang akan berkata perasaan itu terbentuk hasil tindak balas sesuatu perkara yang membawa maklumat terus ke otak.contohnya apabila kita mendengar satu berita kematian insan tersayang, pasti kita akan berasa sedih.contohnya lagi apabila seorang wanita itu dilamar oleh seorang insan yang sememangnya dicintai pasti perasaan nya bercampur baur ada rasa gembira, ada rasa terharu dan ada juga rasa sedih. entahlah kan banyak lagi contoh lain yang melibatkan perasaan.

lebih kurang 4 hari lagi kita semua umat Islam akan menyambut awal tahun hijrah 1431 h, apa perasaan anda?dalam masa yang sama lebih kurang 17 hari lagi akan tiba awal tahun baru 2010. soalan yang sama, apakah perasaan anda. bukan soalan azam yang menjadi pokok persoalannya.tetapi apakah perasaan anda bakal meninggalkan tahun yang lepas tahun 1430 h dan 2009. cuba renung dan imbas kembali sepanjang satu tahun ini apa yang telah berjaya anda semua capai.


kalau mengikut bancian untuk diri sendiri hanya beberapa peratus sahaja yang berjaya diri ini laksanakan untuk diri sendiri.yang lain adalah seperti biasa mengikut saja apa yang diminta.tapi apa perasaan yang timbul sekiranya ini berlaku, puas,sedih atau???


walau apapun tetap bersyukur kerana masih dikurniakan perasaan untuk merasai segalanya.cuba bayangkan jika hilang deria perasaan itu.minta dijauhkan.moga perasaan yang positif ini akan terus subur dalam diri dan jiwa.apa dia? perasaan berbaik sangka, baik hati, ikhlas, sabar dan segalanya.


didoakan semua insan dalam dunia ini akan hidup dengan penuh perasaan yang disulami dengan kaseh sayang dan chenta bukan hanya pada manusia tetapi pada makhluk yang lain benda2 benda2 yang jumud.aminnnnnnn


Saturday, December 12, 2009

kurang mengerti

salam...

Menanti sebuah drama garapan pengarah yang amat diminati,Erma Fatima.Cuba memahami isi jalan cerita 'Kau Mencipta Dosaku'.Mula mengikut jalan cerita sehingga 1 jam. Semakin jauh perjalanan cerita ini, semakin pening untuk memahami. Atau otak ini tidak mampu menerima karya yang agak berat ini.Erm entahlah mungkin otak ni dah tepu agaknya.

Dalam masa cuti-cuti begini menjadi rutin tahunan mengemas kertas-kertas yang tak perlu lagi.Nampak gayanya bertambah kayalah taukeh Surat khabar lama. Sebabnya habis dah jual semua kertas2 yang tidak dipakai lagi. Dapatlah beberapa sen...hehehhehe.

Tetapi tiba2 terjumpa satu fail yang tersimpan cerpen2 lama yang pernah dihasilkan masa zaman belajar dulu.Agak banyak juga. Kenapa selama ni bila berkemas tak perasan isi fail plastik ni. Ada sebahagian cerpen ni pernah tersiar dalam beberapa majalah. Dah lama rasanya. Hampir 11 @ 12 tahun lepas hasil karya ni.

So hari ni cuba membaca semula hasil karya yang dah kuning kertasnya. Terlintas difikiran kenapa aku tak mulakan kembali.Aduh rasa macam dah tumpul otak ni.Idea macam dah takda.Entahlah mungkin belum sampai ilham.In sya Allah akan cuba.

Wednesday, December 9, 2009

teringat

salam...

bila saja2 buka youtube....klik sana klik sini jumpa klip ni.sememangnya agak menggembirakan bahasa melayu dikenali seluruh dunia.teringat juga masa dulu2 pernah ajar kawan yang duduk satu bilik semasa duduk kat asrama dulu bangsa arab,beberapa perkataan melayu,mulanya agak payah gak kawan tu nak ikut.lama-lama lidah dapat dilentur.rindunya dgn kawan-kawan lama.rasanya ingin terbang kembali menjejak kisah2 lama.kenangan yang terindah....

tengok klip ni yer.....


Monday, December 7, 2009

selesai


YANG MANA PILIHAN ANDA????
salam....

segala puji buat Allah pemilik bumi ini.selesai juga akhirnya bahan bacaan yang ke 3 iaitu rona-rona cinta Damscus.apa ye nak tulis tentang novel ini.ok,apabila mula membaca novel ini ada satu persoalan yang timbul.adakah novel ini sama dengan salju sakinah yang penulisnya memang saya kenali.bermula dari bab pertama membaca rona-rona cinta Damascus melihat watak utama MANAL HUSNA,seorang gadis yang tegas dan jenis berterus terang.sehingga mengaku dengan ustaz safwan akan isi hatinya.berbanding SUMAIYYAH yang agak berhati-hati tetapi tegas juga orangnya didalam salju sakinah.ada sedikit persamaan di antara kedua2 novel ini,perjalanan cinta yang disusun sememangnya membenarkan hati setiap jiwa insan itu untuk dimiliki,walaupun disana juga ada dinyatakan segalanya milik Yang Maha Pengasih.kerana apa dikatakan begitu,kerna solat istikharah cukup memainkan peranan yang kuat untuk sebuah keputusan untuk sebuah kehidupan yang baru untuk manusia selepas melewati alam remaja.
ok,kedua2 novel ini juga mengambil suasana semasa mereka (penulis kedua2 novel) mengembara membina kekuatan diri dengan bermusafir di lautan ilmu.bezanya rona-rona cinta Damascus di bumi Syria,manakala salju sakinah di bumi Urdun (Jordan).berlatar belakangkan suasana timur tengah yang penuh dengan pelbagai kesan dan sejarah peninggalan para Anbia'.
di dalam rona-rona cinta Damascus banyak diselitkan dengan situasi sebenar sebuah negara dengan gambaran ilustrasi beberapa buah tempat.ianya bagus untuk membina pengetahuan dan mencedok pengalaman penulis untuk pembaca.tahniah dari satu sudut.
mungkin ada sedikit persamaan (bagi saya) iaitu kedua2 watak utama didalam kedua2 novel ini kembali ke Malaysia untuk satu jangkamasa bagi sesuatu perkara.bezanya Sumaiyyah kembali ke Malaysia kerana disangkakan telah bergelar KHIRRIJAT (graduan),tetapi terpaksa kembali kerana ada satu madah yang tersangkut.ini mungkin jarang berlaku.bagi watak Manal Husna terpaksa pulang kerana sakit akibat buatan orang.situasi yang agak berbeza tetapi perjalanannya agak sama.setelah itu kedua2 watak utama novel2 ini kembali semula ke medan perjuangan bermusafir mencari ilmu,di sana sudah ditentukan jodoh kedua2 watak tersebut bersama2 pasangan masing2 yang mana pasangan masing2 sedang menyambung belajar peringkat Master.
tidak perlu dinyatakan mana yang lebih baik...kedua2 novel ini ada kekuatannya yang tersendiri ,yang pastinya membaca novel bercorak begini mungkin akan membantu kita dalam menambah kosa kata arab yang boleh juga digunakan dalam kehidupan seharian,kerana para penulis menyiapkan ruang glosari sebagai rujukan untuk maksud perkataan2 tersebut.
tahniah...mabruk....


Sunday, December 6, 2009

selesai juga


salam...

alhamdulillah selesai juga akhirnya novel ke 2,aku dia dan coklat.satu perjalanan sebuah cerita yang menyingkap tentang makanan kegemaran manusia diseluruh dunia.COKLAT.yup COKLAT.novel ini memang ada perisa coklat.bukan covernya sahaja tetapi isinya juga penuh dengan perisa coklat yang berbagai.kerana apa saya kata begitu...kerana novel ini mengandungi banyak maklumat yang bagus untuk kita semua.segala informasi yang berkaitan dengan coklat mampu memberi SESUATU kepada semua penggemar coklat.

jika kita hayati dalam sudut kehidupan,cokalt menjadi lambang pelbagai keadaan peristiwa.coklat begitu sinonim dalam kehidupan kita.harga coklat juga pelbagai peringkat.ada yang paling murah hingga yang paling mahal.

teringat sewaktu zaman belajar...apabila berpeluang pulang ke tanah air...didalam perjalanan lebih suka mengambil peluang untuk transit dibanyak negara.apabila transit perkara utama yang dilakukan mencari coklat yang terbaik dan halal di kedai2 duty free di lapangan transit untuk bekalan sebagai buah tangan untuk keluarga.untuk keluaraga atau untuk diri sendiri ek?heheheheheh...

oklah .walau apa pun novel ini baik untuk dijadikan sebagai bahan bacaan remaja terutama yang suka makan coklat.laras bahasa yang digunakan sesuai.novel ini juga ditulis mengikut suasana dan arus sekarang yang diselitkan luahan hati melalui blog.suka baca luahan hati yang ditulis oleh mama faridah.tahniah buat penulis.didalam arus perdana ini,menulis novel juga semakin mencabar.terima kasih atas maklumat penulis tentang segala informasi yang tercatat di dalam novel ini.

Saturday, December 5, 2009

mufin manja


salam...

alhamdulillah selesai sudah membaca mufin manja.mula membaca jam 3.30 tepat jam 6 selesai baca.tetapi berhenti sebentar melaksanakan perintah Tuhan,pas tu sambil membaca buku ini sempat menaikkan yis untuk buat roti kegemaran...roti wholemeal quaker oat.sempat pukul adunan roti dan buat doh.sekarang ni tgh tunggu adunan doh yag telah dibulatkan naik.bila dah naik boleh bakar.bila dah bakar sampai masak....jeng...jeng...jeng boleh makan.hobi memang suka masak.bukannya apa sebab bila masak ramai pulak yang suka makan.heheheh...

ok berbalik kepada novel comel ni ,memang seronok baca.sebab cara penulisan novel ni menjadikan kita seolah2 memiliki semangat Farahin.lagipun disediakan dengan pelabagi resepi muffin.wah ini yang tak sabar nak cuba.kemudian cuba buka blog milik penulis,comel blognya.so kepada pembaca yang lain,cuba beralih arah cuba membaca novel sebegini,ringkas,padat tetapi menarik.susunan ayat yang bagus.penceritaan yang baik.ilustrasi yang berkesan.tahniah hani ismail.

sesuai jadi bahan bacaan untuk remaja dan semua peringkat.kalau ada ruang masa lawatlah laman blog ni http://www.munfinmanja.blogspot.com/

semangat











salam....

semestinya membaca menjadi agenda utama dalam kehidupan.suka membaca?erm hobi membaca?apa ye nak dikatakan.tetapi MEMBACA memang menjadi kegemaran sejak dulu lagi.hari ini melangkah ke kedai buku , mencari buku sebagai koleksi tambahan.inilah hasil nya...setelah hampir sejam berada di kedai buku , akan cuba dihabiskan 4 buah buku ni dalam masa seminggu.

ingin melihat isi buku ini dari kacamata seorang pembaca.adakah novel rona-rona cinta Damscus sama dengan Salju Sakinah.ermmm belum mula membaca...so belum tahu isinya....so akan cuba habiskan semua novel ni...

Wednesday, December 2, 2009

dah lama

salam....
alhamdulillah...setelah sekian lamanya mencari lagu ni.dan ada yang sudi membantu.terima kasih buat ustazah qausquzah yang sudi mengirim liriknya....sapa yang tahu lagu ni leh lah nyanyi...lagu ni mmg famous sekitar tahun 93 dan 94...

Pertemuan Bukan Milik Kita
Album : Kembalilah Kasih
Munsyid : Suara Hati
Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang
Jika cinta satu pasti bertemu ia tidak ternilai
Kerana antara hati kita
Telah tiada antaranya lagi
Yang ada hanya cinta kasih Ilahi
Kita berpisah hanya sementara
Kerana pertemuan bukan milik kita
Jasad dan suara berjauhan sentiasa
Namun cinta abadi
Biar terpisah selalu menderita
Kerana syurga menagih ujian
Sedang neraka dipagari oleh nikmat
Bertemu tidak jemu berpisah tak gelisah
Bicara kita adalah bicara sufi
Tanpa suara dan kata-kata
Kerana penghubung kita adalah suara hati
Bertemu berpisah kerana Allah
Lagu: Suara Hati
Lirik: Pahrol Mohd Juoi

Tuesday, December 1, 2009

terkejut

salam...

dalam saja2 buka youtube mencari video klip nasyid baru....tiba2 terjumpa satu klip yang cukup berbeda.wah sudah mula berbicara di dalam bahasa indonesia.hehehehh...tidak pernah terlintas di pikiran maka adanya rancangan sebagus ini.di seberang ada sebuah rancangan yang dipanggil (PILDACIL) PILIHAN DAI KECIL,hebat bukan.kanak2 kecil ini dilatih berbicara tentang agama di dalam usia yang cukup muda.

tiba2 teringat adik Wishnu (kalau tak silap namanya),yang pernah digelar pendakwah kecil sekitar tahun 90 an.hebat kanak2 itu.ke mana dia sekarang.ok berbalik kepada rancangan tadi, rancangan tersebut merupakan rancangan realiti.ada undian juga kiranya.wah bagaimana ya?hebat....

cuba nonton.....

Monday, November 30, 2009

bakat

salam....
sekarang ni macam2 cara menunjukkan bakat.bakat jika diletakkan didalam kondisi yang betul dan benar...maka akan berkembang dengan baik.cuba lihat bakat adik ni....dan nilailah yer...



pasti apabila melihat adik ini menyampaikan lagu ini seolah2 adik ini telah dewasa.seolah2 adik ini telah memahami cinta.seolah2 adik ini melalui pengalaman cinta.kerna apa?kerna penghayatan adik ni menyampaikan lagu ni memang ada kelas yang tersendiri.sesugguhnya adik ini dilahirkan dengan jiwa yang putih.dapat menghayati intipati lirik dengan baik.

memang sudah lama lagu ini menjadi halwa telinga.sudah sekian lama juga lagu ini terngiang-ngiang ditelinga.tapi apabila adik dayana ini menyampaikan lagu ini....seolah meresap dan terkesan dalam jiwa.bait2 lirik yang disampaikan menyentuh dalam jiwa.untuk pengetahuan juga adik ni hanya berusia 10 tahun.

lagu ini disampaikan dengan penuh penghayatan.cuba kalian hayati lirik yang ada disertakan dibawah ini.memang bukan mudah untuk menyampaikan lagu ini hingga terkesan kepada para pendengar.syabas adik dayana.yang paling penting chenta hambaNya khusus buat TuhanNya.

Lirik Lagu Rossa - Ayat Ayat Cinta

ayat ayat cinta lirik

Desir pasir dipadang tandus
segersang pemikiran hati
Terkisahku diantara cinta yang rumit

Bila keyakinan ku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

(chorus)
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkinku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cinta ku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh
Seakanku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggal kan cinta
Ketika ku bersujud... (Last x2)


(back to second line)

[ thanks to izham.shah[at]yahoo.com for correcting this lyric ]

Video Klip Rossa - Ayat Ayat Cinta


lirik'>http://www.rizkyonline.com">lirik lagu indonesia



selesai sudah

salam...
alhamdulillah selesai sudah pada hari ini 13 zulhijjah,selesai kerja haji.alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran atas kurniaan ini buat semua para jemaah.moga hajjan mabruran...in sya allah

Thursday, November 26, 2009

lakukan





salam..............
sekiranya ada kemampuan lakukanlah pengorbanan walau sekali seumur hidup....

hari arafah

salam...

KEUTAMAAN PUASA HARI ARAFAH DAN A'SYURA

Dari Abu Qatadah Al Anshari r.a katanya Rasulullah saw ditanya orang tentang puasa hari Arafah .Jawab baginda , "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang. " Kemudian baginda ditanya pula tentang puasa hari A'syura . Jawab baginda "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu (HR Muslim )

Saturday, November 21, 2009

Semakin hampir


salam....

Lebih kurang 5 hari lagi maka akan bermula segala urusan yang berkaitan pekerjaan Haji.Rukun Islam kelima merupakan satu tuntutan bagi mereka yang mampu.Mampu dari segi kewangan,kesihatan, masa dll.Menunaikan haji sememangnya menuntut kesabaran yang paling tinggi.Didalamnya terlalu banyak hikmah,mabit di Mina,wukuf di Arafah, mabit di Muzdalifah,melontar Jamrah,tawaf dan sa'ie, semuanya menuntut kesabaran.Melihat jutaan manusia menunaikan rukun Islam kelima menjadikan kita akan tersentuh akan kebesaran Allah.Umat Islam seluruh dunia berkumpul,bersatu tanpa mengira warna kulit dan bangsa.Masya Allah.............

Friday, November 20, 2009

Tahniah




salam....


Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya kerana memperolehi 5A didalam peperiksaan UPSR yang lepas.Buat mereka yang kurang berjaya masih ada masa untuk anda memperbaiki keadaan.Yang berjaya panjatkan kesyukuran,yg kurang berjaya gandakan kesyukuran juga.Sesungguhnya kejayaan hari ini sebahagian daripada jalan untuk membina kecemerlangan pada masa akan datang.Yang berjaya jangan leka dibuai mimpi,yang kurang berjaya jangan berhenti setakat ini.Masih ramai insan yang berjaya setelah mereka pernah gagal.Walau apa pun...MABRUK A'LAIKUM,EXCELLENT,TAHINAH.......




Wednesday, November 18, 2009

salam...
Idea apa yang paling sesuai untuk dipaparkan.Mungkin banyak cerita.Tetapi seolah tidak terluah.Itulah namanya yang dipanggil istilah BUNTU.Bila keBUNTUan melanda,jiwa pasti bergelora.BUNTU adakah sama istilah dengan BINGUNG.Ini kena rujuk pakar bahasa.Apa makna BUNTU,apa makna BINGUNG.Yang pasti mungkin tak sama dengan BENGANG lagu si Akim tu,heheheh....
BUNTU ni mungkin satu daripada keadaan apabila pemikiran manusia terhenti seketika.Seolah-olah tiada input, padahal dalam hati banyak perkara yang ingin diluahkan.Inilah yang dipanggil istilah bicara tak terluah dengan kata-kata.Ramai yang tidak sedar sebenarnya apabila seseorang manusia dilanda situasi BUNTU ini akan menjadi lebih kreatif dan inovatif.
Cuba kita lihat apabila seseorang itu BUNTU, tangannya akan melorek diatas sehelai kertas, tangannya secara tiba2 akan melukis corak yang pelbagai.Apabila direnung corak2 tersebut akan lahir hasil lukisan yang abstrak.Apabila direnung lukisan tersebut,semakin dihalusi dan diperhati akan menjana idea yang cukup hebat.Yup HEBAT.Itulah perkataan yang sesuai digunakan.
Cuba fikirkan dan renungkan kata-kata ini,BUNTU selepas itu HEBAT.Wow ini satu perkara yang jarang didengar,bukan kah begitu.Oklah cuba lihat pada diri kita sendiri,biasanya bila kita BUNTU ,kita akan ambil sehelai kertas A4,kemudian sebatang PEN langkah seterusnya kita akan menCONTENG.Tanpa kita sedari hasil CONTENGan kita akan memberi impak yang gempak.Kerna hasilnya adalah cukup ABSTRAK.Sebab waktu tangan kita memCONTENG,pemikiran kita seolah diluar kawalan.Kita hanya ikut gerak hati.Dan hasilnya......jeng...jeng...jeng....Kalau tidak percaya CUBALAH.
Inilah hasil dari BUNTU, menjadi sesuatu yang HEBAT,WOW hasilnya cukup ABSTRAK.Fikir-fikirkan lah...yang pasti Cubalah bila ada dilanda keBUNTUan.

Thursday, November 12, 2009

alhamdulillah

Alhamdulillah...bersyukur atas pemberianNya.Alhamdulillah atas segalanya.Alhamdulillah............Terima kasih atas doa anda semua.

Friday, November 6, 2009

2012

salam....
Tak sabar rasanya nak tahu intipati jalan cerita 2012.Apakah isi yg digarap.Apakah isu yang bakal dibangkitkan.Sekiranya kali ini melangkah menonton 2012,ia adalah kali ke-2 selepas menonton Pontianak Harum Sundal Malam tahun 2004.Ermm sebab lebih suka menonton kat umah jer.Tapi 2012 ni macam ada sesuatu jer....Adakah ia sama seperti filem Armageddon,Day After Tomorrow,Underwater World dll.Ingin tahu apa sebenarnya yang ingin diungkap.Cuba baca komen di sini ,

http://evshare.blogspot.com/2009/11/one-place-on-earth-not-destroyed-in.html

Friday, October 30, 2009

malam ni...

Seperti biasa nur kasih tetap menyengat.watak yang disusun cukup cantik.Timbul pelbagai rasa dikalangan penonton dan pengikut setia.Sementara menanti selingan syarikat2 yang memaparkan barangan mereka (iklah lah tu)menjenguk kesaluran lain.Mentadak namanya.Menonton mentadak dipertengahan masih mampu menarik hati.Walaupun kurang menonton telefilem melayu.Mentadak menyorot dan mengangkat kisah manusia yang menggunakan kesucian agama dalam memperdayakan orang lain.Terkesima melihat situasi yang digambarkan.Betapa manusia ini pelbagai ragamnya.Mentadak menjadikan kita sepatutnya sentiasa berfikir dan berhati-hati dalam kehidupan.Tahniah kepada penulis skrip,tahniah atas kisah ini.

kullu a'min wa enti bi alfin khair

Genaplah 31 oktober ni ulangtahun seorang kenalan yg diknali hampir 10 tahun lamanya.Seorang adik, seorang teman,seorang kenalan yang diingati sehingga kini.Hani kat sini ada kek untuk Hani.....

Tapi bukan kek ni yang nak di beri...Kalau nak rasa kuih yang special yang akak buat cuba buka entry CUBA RASA.Kuih tu laris....Ramai yang minat tau...Oklah what ever...I would like to wish u a happy happy happy live for ever.Happy birthday to you....

EFFECTIVE LEADERSHIP

What is effective leadership?

Effective leadership is the process of creating a vision,developing a strategy,enlisting co-operation,and motivating action.The effective leader:

- creates a vision of the future that takes into account the legimate long-term interest of the parties involved;
- develops a rational strategy for moving toward that vision;
- enlists the support of the key power centres whose co-operation,compliance,or teamwork is necessary to produce that movement;and highly motivates that core group of people whose actions are central to implementing the strategy.

9

Malam ini seperti biasa dinantikan tepat jam 9.00.Ada apa dengan angka 9?Pasti ramai yang tahu.Pasti ramai yang menanti.NUR KASIH sudah pasti dinanti.Apalah agaknya kesudahan cerita ini.Kita nantikan.....ermmm jap Papadom tu best tak?

MATAHARI

Selagi ada mentari terbit kita teruskan perjuangan,selagi ada bulan yang bersinar kita teruskan kehidupan.Betul tu,yup... wahai kawan2 sekalian...teruskanlah kehidupan jgn mudah berputus asa.Ada masa rasa macam nak gugur je....cuba renung matahari yang terbit hari ini...cantik tak.




Ok...sepanjang hari ini cuba kira detik masa yang ada.Dari terbit matahari hingga matahari terbenam berapa kali kita akan tersenyum melihat matahari.Ramai yang akan mengeluh merasakan matahari membawa rasa panas.Ish betul ke ayat tu?Ok cuba kita lihat matahari yang begini pula.




Apa pendapat anda.Ya matahari disebalik awan.Ini bermakna selagi mana ada matahari walaupun disebalik awan ini bermakna bumi masih lagi berputar mengelilingi matahari.Ini juga bermakna kehidupan masih ada.Dan ini juga bermakna perjuangan mesti diteruskan.Ok cuba lihat matahari jika situasinya begini.

Inilah matahari terbenam.Maka kita berada dipenghujung siang.Maka tirai malam akan disingkap bersama hadirnya sang bulan.Dalam masa yang sama bintang turut berkelipan.Oleh yang demikian janganlah rasa marah apabila matahari begitu garang menyimbah cahayanya ke bumi,kerana dalam masa yang sama matahari amat berjasa untuk kehidupan yang ada disekeliling kita.




Monday, October 26, 2009

tidak berhenti mengharap

Ahad, 2009 Oktober 25

CUEPACS HARAP KERAJAAN TIMBANG BONUS BAGI PENJAWAT AWAM
Bernama25/10/2009KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan menimbangkan pemberian bonus dua bulan gaji kepada penjawat awam seperti dicadangkannya sebelum ini bagi menghargai usaha mereka dalam membangunkan sektor awam negara.Presidennya Omar Osman berkata, memandangkan peruntukan untuk tujuan itu tidak diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2010 Jumaat lepas, kongres itu akan menghantar surat kepada Perdana Menteri bagi membincangkan semula isu itu."Kita akan menghantar surat kepada Perdana Menteri esok dan berharap dapat berjumpa dengan beliau secepat mungkin iaitu sekurang-kurangnya pada minggu depan dan berharap Perdana Menteri dapat mempertimbangkan semula permintaan kami ini," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar Cuepacs yang dihadiri kira-kira 120 ahli di sini pada Ahad.Selain itu katanya, Cuepacs juga mahu kerajaan menimbangkan semula pemberian bantuan khas sebanyak RM500 yang diperuntukkan kepada penjawat awam dan pesara wajib, turut diberi kepada pesara pilihan dan pesara penswastaan."Kita turut akan membawakan isu ini kepada Perdana Menteri nanti kerana merasakan pesara pilihan dan pesara penswastaan layak menerima bantuan khas itu," katanya.Di samping itu, kata Omar, kongres akan turut membangkitkan isu 5,000 pekerja kontrak dan sambilan yang masih lagi tidak diserap menjadi pekerja tetap di sektor awam, dalam pertemuan dengan Perdana Menteri nanti.-- BERNAMA

Saturday, October 24, 2009

TQ

Alhamdulillah....bersyukur dikurniakan rezeki.Dalam keadaan ekonomi sekarang,BAJET 2010 yang dibentangkan semalam banyak memberi peluang kepada rakyat Malaysia.Semoga tahun depan apabila ekonomi pulih kita semua akan menikmati hasil yang lebih baik.Ameen...............

Friday, October 23, 2009

JOM TUNGGU

Bila melihat situasi hari ini ramai yang merasakan hari ini tidak sabar dinanti.Tarikh yang ditunggu-tunggu oleh semua peringkat lapisan rakyat.Yup BAJET 2010 pada kali ini akan dibentangkan pada hari ini 23 OKTOBER 2009 tepat jam 3.00 ptg.
Bajet kali ini merupakan pembentangan pertama PM kita yang ke-enam Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.Semoga bajet kali ini merupakan pemacu kepada pengukuhan ekonomi Malaysia.Disamping itu bajet ini bakal merealisasikan konsep 1 Malaysia.Sama-samalah kita nantikan..............

1 MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

Thursday, October 22, 2009

ayat


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

dalam pencarian...

Manusia dikurniakan perasaan yang begitu halus.Perasaan halus itu bisa mendamaikan.Perasaan itu sukar diungkapkan dengan kata-kata.Perasaan apakah itu?Ianya terasa begitu halus sekali.Bila ianya terbit pasti akan terasa damai di jiwa.Dalam masa yang sama akan lupa segala.
Ya, perasaan cinta.Dengan cinta biasanya mampu menggegarkan dunia.Cinta sesama manusia,cinta kepada Rasulullah saw,cinta pada agama,cinta dengan alam sekitar,cinta pada haiwan tetapi cinta yang paling agung cinta manusia kepada Tuhannya.
Kalimah Cinta sering diungkapkan oleh kita semua.Tetapi sejauh mana penjiwaan menghayati rasa cita sebenar itu tidak pasti.Yang pasti apabila rasa CHENTA telah hadir maka setiap saat akan timbul rasa RINDU yang membara.

Wednesday, October 21, 2009

zikrayat




Hari ini merupakan hari kedua para jemaah Haji Malaysia berlepas ke tanah suci Makkah.Seperti biasa penerbangan awal di bulan Zulkaedah ini akan membawa para jemaah terus menuju ke Kota Madinah Al Munawwarah.Penerbangan awal semalam memperlihatkan kesungguhan jemaah paling muda seorang kanak2 berusia 9 tahun.Kanak2 tersebut begitu teruja akan sampai ke sana dalam usia yang begitu muda.Alhamdulillah.Namun begitu dalam masa yang sama juga memperlihatkan ketabahan dan kekuatan jemaah paling veteran dan senior berusia 81 tahun.Maha Suci Allah!!!Mereka datang menjadi tetamu Ya Allah.Semoga jemaah haji pada kali ini mendapat haji yang mabrur.

Sampai sahaja di Kota Madinah pasti terpegun melihat Masjid Nabawi yang tersergam yang menjadi lambang kemegahan kita semua.Pembinaan masjid ini memperlihatkan bahawa Islam itu sukakan keindahan.Menjejakkan kaki melangkah ke dalam Masjid Nabawi pasti menjadi kenangan seumur hidup.Binaan yang terbina sungguh indah.

Ya Rabb izinkanlah aku untuk hadir ke sana lagi menjadi tetamu Mu dalam masa terdekat.Ameen........
Menziarahi Makam Rasulullah saw di Madinah sesungguhnya menjadi idaman setiap insan.Tetapi mendapat syafaat Rasulullah saw adalah dambaan setiap manusia.....
HAJJAN MABRURA WA SA'YAN MASYKURA WA ZANBA MAGHFURA.

Monday, October 19, 2009

ejaan

Seringkali dilihat ejaan INSYA ALLAH ditulis begini,sedangkan sepatutnya di eja begini IN SYA ALLAH....cuba kalian lihat ejaan IN SYA ALLAH apabila di eja didalam bahasa arab.Huruf ALIF dan NUN diletakkan dalam satu perkataan kemudian di jarakkan dengan perkataan SYA' iaitu ejaannya huruf SYIN dan ALIF serta HAMZAH,kemudian dijarakkan lagi untuk perkataan ALLAH,iaitu huruf ALIF LAM LAM HA'.So sesiapa membaca keratan ini harap dapat menerimanya...Sekiranya bukan kita yang memberi perhatian perkataan begini, siapa lagi.Makna perkataan IN SYA ALLAH ialah SEKIRANYA DIKEHENDAKI (DIIZINKAN) ALLAH, tetapi sekiranya ejaan INSYA' dieja dan disambung begini ia bermakna karangan.Pejuang bahasa (BAHASA MELAYU DIDAHULUKAN BAHASA ARAB DIUTAMAKAN)

Sunday, October 18, 2009

tak bisa....

walau sudah hampir 10 tahun tetapi tetap istimewa....


musytaq

rindunya dengan suasana macam ni...dah hampir 7 tahun tak rasa suasana begini...dah 7 tahun....lamanya...

Friday, October 16, 2009

resah ini

rasa rindu yang membara ini kadangkala meresahkan.bukan kadangkala tetapi sering meresahkan.sudah puas pujuk sang hati "bersabarlah wahai hati".akan tiba masanya nanti dipertemukan.tetapi kenapa masa sering rasa lambat berjalan.sedangkan ramai yang berkata masa terlalu cepat berjalan.jarum jam terlalu pantas berputar.sang mentari bergerak dengan laju bertukar salam dengan sang bulan.adakah ini mainan perasaan.hati yang waras dipandu oleh akal yang waras.tetapi apa yang dirindukan? NUR KASIH itulah yang meruntun jiwa ini.bergelodak menahan kasmaran.seminggu hanya sekali bisa ketemu.arghhh kenapa drama NUR KASIH di TV3 begitu mencuri hati ini.kedengaran suara-suara lain begitu juga.drama yang berjaya menarik penonton menunggu hingga ke akhir noktah.apakah kesudahannya?pastikan malam ini jam 9....tapi malam ini bukan episod akhir................................


cuba rasa






cuba rasa....special ni.....






Thursday, October 15, 2009

qalbun

yup....ramai orang akan sebut perkataan ni....QALBUN ? apa maknanya? HATI yup maknanya HATI. dimanakah organ tersebut.semua orang ada hati.hidup mesti berhati-hati.tetapi kadangkala sering kali kita terlupa atau lalai (aku) untuk menyuburkan hati.kita terlupa untuk menyuburkan HATI kita khususnya diri ini dengan perkara-perkara yang sepatutnya.kasihan HATI ini,wahai HATI dengarlah....kini dan selamanya In Sya Allah akan ku suburkan mu dengan siraman IKHLAS dan akan ku sinari dengan NUR KASEH-NYA yang bersulam NUR CHENTA-NYA.


terima kasih....syukran...syukria....




salam nur kaseh...


terima kaseh buat semua rakan2 setugas yang sudi melawat diri ini....terima kaseh juga kerna mendoakan diri ini.semoga doa kalian akan dimakbulkan Pemilik Alam ini.Ameeeeen.Terima Kaseh........................


Wednesday, October 14, 2009

dalam ujian ada hikmah-Nya



ermmm ujian sememangnya diberikan kpd setiap insan.cuma barangkali insan itu sendiri kena pandai dan bijak menilai dari mata hati ujian yang diberikan.yup ujian sakit ini menjadikan aku merenung segala hikmah-Nya.Alhamdulilah sesungguhnya terlalu banyak dan besarnya hikmah-Mu Ya Rabb.dengan ujian ini kini aku lebih menghayati dan menghargai kehidupan dan lebih menghargai insan-insan yang ada di sekeliling kehidupan ini.In Sya Allah ke arah pembinaan syaksiah yang lebih unggul dan peribadi yang lebih gemilang.


Sunday, October 11, 2009

ihdinas sirotal mustaqim

jalan lurus seharusnya kita ikuti....lurusnya jalan kita pasti akan lurus seluruh kehidupan kita.kerna dengan jalan lurus yang kita pilih pasti sentiasa akan dilindungi dengan limpahan chenta-Nya Yang Maha Agong....



Saturday, October 10, 2009

sayang....

salam nur kaseh wat seme...btw kaseh sayang tercipta untuk insan....hidup ini semestinya mahukan kasih sayang...kaseh pada sesama manusia...tetapi kaseh yang agung dan hakiki pasti kaseh pada Ilahi.Kadang-kadang mata salah mentafsir apa yang dilihat...kadang-kadang juga hati salah menelah apa yang dipandang....itulah hakikat kehidupan...tetapi apabila kaseh sayang tersulam di jiwa pasti akan hilang rasa cuba meneka sesuatu perkara.

Friday, October 9, 2009

kaffarah

Kesakitan ini mencetuskan satu rasa.Rasa ? Pasti rasa SAKIT.sakit ini menyedarkan diri ini agar menghargai rasa sehat....Kejarlah 5 perkara sebelum datangnya lima perkara....Masa SEHAT sebelum SAKIT.Setiap hari berdoa agar Sakit ini akan hilang....Sakit ini ANUGERAH dan mungkin KAFFARAH atas segalanya...

iftitah

salam....
salam yang mulia untuk kesejahteraan sejagat...salam yang mulia untuk semua...apa yang perlu ku lakarkan dalam entri ini...mungkin org yang baru bermula pasti tidak tahu hendak bermula dari mana....

salam....

Salam...

Dalam kedamaian dan ketenangan jiwa...pasti setiap hari lidah tidak jemu melafazkan kata Segala Puji Bagi Mu Pemilik Alam ini.Kerna kaseh-Nya kita masih mampu menghirup udara kebebasan ini.Kerna kaseh-Nya jua kita masih mampu menatap alam ini.

Mungkin kita semua pasti pernah mendengar lafaz yang sering diucapkan Alhamdulillah,dan kita juga pasti sering mendengar kalimah mulia itu....Setiap hari bangkit dari lena yang panjang lafaz pertama yang kita sebut....In Sya Allah.....