salam...
sebu hati ni takda sapa yang tahu.perasaan berbungkam dengan pelbagai perisa.heheheheh...apa yang aku merepek ni.bukan aku yang begitu...tapi orang lain.bercerita soal perasaan, ramai yang akan berkata perasaan itu terbentuk hasil tindak balas sesuatu perkara yang membawa maklumat terus ke otak.contohnya apabila kita mendengar satu berita kematian insan tersayang, pasti kita akan berasa sedih.contohnya lagi apabila seorang wanita itu dilamar oleh seorang insan yang sememangnya dicintai pasti perasaan nya bercampur baur ada rasa gembira, ada rasa terharu dan ada juga rasa sedih. entahlah kan banyak lagi contoh lain yang melibatkan perasaan.
lebih kurang 4 hari lagi kita semua umat Islam akan menyambut awal tahun hijrah 1431 h, apa perasaan anda?dalam masa yang sama lebih kurang 17 hari lagi akan tiba awal tahun baru 2010. soalan yang sama, apakah perasaan anda. bukan soalan azam yang menjadi pokok persoalannya.tetapi apakah perasaan anda bakal meninggalkan tahun yang lepas tahun 1430 h dan 2009. cuba renung dan imbas kembali sepanjang satu tahun ini apa yang telah berjaya anda semua capai.
kalau mengikut bancian untuk diri sendiri hanya beberapa peratus sahaja yang berjaya diri ini laksanakan untuk diri sendiri.yang lain adalah seperti biasa mengikut saja apa yang diminta.tapi apa perasaan yang timbul sekiranya ini berlaku, puas,sedih atau???
walau apapun tetap bersyukur kerana masih dikurniakan perasaan untuk merasai segalanya.cuba bayangkan jika hilang deria perasaan itu.minta dijauhkan.moga perasaan yang positif ini akan terus subur dalam diri dan jiwa.apa dia? perasaan berbaik sangka, baik hati, ikhlas, sabar dan segalanya.
didoakan semua insan dalam dunia ini akan hidup dengan penuh perasaan yang disulami dengan kaseh sayang dan chenta bukan hanya pada manusia tetapi pada makhluk yang lain benda2 benda2 yang jumud.aminnnnnnn
Monday, December 14, 2009
perasaan
Posted by kernachenta-Nya at Monday, December 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment