? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, December 7, 2009

selesai


YANG MANA PILIHAN ANDA????
salam....

segala puji buat Allah pemilik bumi ini.selesai juga akhirnya bahan bacaan yang ke 3 iaitu rona-rona cinta Damscus.apa ye nak tulis tentang novel ini.ok,apabila mula membaca novel ini ada satu persoalan yang timbul.adakah novel ini sama dengan salju sakinah yang penulisnya memang saya kenali.bermula dari bab pertama membaca rona-rona cinta Damascus melihat watak utama MANAL HUSNA,seorang gadis yang tegas dan jenis berterus terang.sehingga mengaku dengan ustaz safwan akan isi hatinya.berbanding SUMAIYYAH yang agak berhati-hati tetapi tegas juga orangnya didalam salju sakinah.ada sedikit persamaan di antara kedua2 novel ini,perjalanan cinta yang disusun sememangnya membenarkan hati setiap jiwa insan itu untuk dimiliki,walaupun disana juga ada dinyatakan segalanya milik Yang Maha Pengasih.kerana apa dikatakan begitu,kerna solat istikharah cukup memainkan peranan yang kuat untuk sebuah keputusan untuk sebuah kehidupan yang baru untuk manusia selepas melewati alam remaja.
ok,kedua2 novel ini juga mengambil suasana semasa mereka (penulis kedua2 novel) mengembara membina kekuatan diri dengan bermusafir di lautan ilmu.bezanya rona-rona cinta Damascus di bumi Syria,manakala salju sakinah di bumi Urdun (Jordan).berlatar belakangkan suasana timur tengah yang penuh dengan pelbagai kesan dan sejarah peninggalan para Anbia'.
di dalam rona-rona cinta Damascus banyak diselitkan dengan situasi sebenar sebuah negara dengan gambaran ilustrasi beberapa buah tempat.ianya bagus untuk membina pengetahuan dan mencedok pengalaman penulis untuk pembaca.tahniah dari satu sudut.
mungkin ada sedikit persamaan (bagi saya) iaitu kedua2 watak utama didalam kedua2 novel ini kembali ke Malaysia untuk satu jangkamasa bagi sesuatu perkara.bezanya Sumaiyyah kembali ke Malaysia kerana disangkakan telah bergelar KHIRRIJAT (graduan),tetapi terpaksa kembali kerana ada satu madah yang tersangkut.ini mungkin jarang berlaku.bagi watak Manal Husna terpaksa pulang kerana sakit akibat buatan orang.situasi yang agak berbeza tetapi perjalanannya agak sama.setelah itu kedua2 watak utama novel2 ini kembali semula ke medan perjuangan bermusafir mencari ilmu,di sana sudah ditentukan jodoh kedua2 watak tersebut bersama2 pasangan masing2 yang mana pasangan masing2 sedang menyambung belajar peringkat Master.
tidak perlu dinyatakan mana yang lebih baik...kedua2 novel ini ada kekuatannya yang tersendiri ,yang pastinya membaca novel bercorak begini mungkin akan membantu kita dalam menambah kosa kata arab yang boleh juga digunakan dalam kehidupan seharian,kerana para penulis menyiapkan ruang glosari sebagai rujukan untuk maksud perkataan2 tersebut.
tahniah...mabruk....


0 comments: