salam, CUTI SEKOLAH TELAH HAMPIR KEPENGHUJUNGYA.
Monday, December 28, 2009
Friday, December 18, 2009
inilah
salam...
maka inilah tokohnya Profesor Dr Yusof Al Qardhawi,seorang ulamak yang amat dikenali seluruh dunia.terlalu luas bidang ilmunya.terlalu banyak sumbangannya dalam dunia keilmuan.bukunya terlalu banyak yang digunakan sebagai bahan kajian dan rujukan.fiqh al awlawiyyat masih saya guna sebagai panduan dan lain2 lagi.dengarkan video ini akan terjawab persoalan...
TOKOH MAAL HIJRAH 1431 H...
Posted by kernachenta-Nya at Friday, December 18, 2009 0 comments
Monday, December 14, 2009
perasaan
salam...
sebu hati ni takda sapa yang tahu.perasaan berbungkam dengan pelbagai perisa.heheheheh...apa yang aku merepek ni.bukan aku yang begitu...tapi orang lain.bercerita soal perasaan, ramai yang akan berkata perasaan itu terbentuk hasil tindak balas sesuatu perkara yang membawa maklumat terus ke otak.contohnya apabila kita mendengar satu berita kematian insan tersayang, pasti kita akan berasa sedih.contohnya lagi apabila seorang wanita itu dilamar oleh seorang insan yang sememangnya dicintai pasti perasaan nya bercampur baur ada rasa gembira, ada rasa terharu dan ada juga rasa sedih. entahlah kan banyak lagi contoh lain yang melibatkan perasaan.
lebih kurang 4 hari lagi kita semua umat Islam akan menyambut awal tahun hijrah 1431 h, apa perasaan anda?dalam masa yang sama lebih kurang 17 hari lagi akan tiba awal tahun baru 2010. soalan yang sama, apakah perasaan anda. bukan soalan azam yang menjadi pokok persoalannya.tetapi apakah perasaan anda bakal meninggalkan tahun yang lepas tahun 1430 h dan 2009. cuba renung dan imbas kembali sepanjang satu tahun ini apa yang telah berjaya anda semua capai.
kalau mengikut bancian untuk diri sendiri hanya beberapa peratus sahaja yang berjaya diri ini laksanakan untuk diri sendiri.yang lain adalah seperti biasa mengikut saja apa yang diminta.tapi apa perasaan yang timbul sekiranya ini berlaku, puas,sedih atau???
walau apapun tetap bersyukur kerana masih dikurniakan perasaan untuk merasai segalanya.cuba bayangkan jika hilang deria perasaan itu.minta dijauhkan.moga perasaan yang positif ini akan terus subur dalam diri dan jiwa.apa dia? perasaan berbaik sangka, baik hati, ikhlas, sabar dan segalanya.
didoakan semua insan dalam dunia ini akan hidup dengan penuh perasaan yang disulami dengan kaseh sayang dan chenta bukan hanya pada manusia tetapi pada makhluk yang lain benda2 benda2 yang jumud.aminnnnnnn
Posted by kernachenta-Nya at Monday, December 14, 2009 0 comments
Saturday, December 12, 2009
kurang mengerti
salam...
Menanti sebuah drama garapan pengarah yang amat diminati,Erma Fatima.Cuba memahami isi jalan cerita 'Kau Mencipta Dosaku'.Mula mengikut jalan cerita sehingga 1 jam. Semakin jauh perjalanan cerita ini, semakin pening untuk memahami. Atau otak ini tidak mampu menerima karya yang agak berat ini.Erm entahlah mungkin otak ni dah tepu agaknya.
Dalam masa cuti-cuti begini menjadi rutin tahunan mengemas kertas-kertas yang tak perlu lagi.Nampak gayanya bertambah kayalah taukeh Surat khabar lama. Sebabnya habis dah jual semua kertas2 yang tidak dipakai lagi. Dapatlah beberapa sen...hehehhehe.
Tetapi tiba2 terjumpa satu fail yang tersimpan cerpen2 lama yang pernah dihasilkan masa zaman belajar dulu.Agak banyak juga. Kenapa selama ni bila berkemas tak perasan isi fail plastik ni. Ada sebahagian cerpen ni pernah tersiar dalam beberapa majalah. Dah lama rasanya. Hampir 11 @ 12 tahun lepas hasil karya ni.
So hari ni cuba membaca semula hasil karya yang dah kuning kertasnya. Terlintas difikiran kenapa aku tak mulakan kembali.Aduh rasa macam dah tumpul otak ni.Idea macam dah takda.Entahlah mungkin belum sampai ilham.In sya Allah akan cuba.
Posted by kernachenta-Nya at Saturday, December 12, 2009 0 comments
Wednesday, December 9, 2009
teringat
salam...
bila saja2 buka youtube....klik sana klik sini jumpa klip ni.sememangnya agak menggembirakan bahasa melayu dikenali seluruh dunia.teringat juga masa dulu2 pernah ajar kawan yang duduk satu bilik semasa duduk kat asrama dulu bangsa arab,beberapa perkataan melayu,mulanya agak payah gak kawan tu nak ikut.lama-lama lidah dapat dilentur.rindunya dgn kawan-kawan lama.rasanya ingin terbang kembali menjejak kisah2 lama.kenangan yang terindah....
tengok klip ni yer.....
Posted by kernachenta-Nya at Wednesday, December 09, 2009 0 comments
Monday, December 7, 2009
selesai
Posted by kernachenta-Nya at Monday, December 07, 2009 0 comments
Sunday, December 6, 2009
selesai juga
Posted by kernachenta-Nya at Sunday, December 06, 2009 0 comments
Saturday, December 5, 2009
mufin manja
salam...
alhamdulillah selesai sudah membaca mufin manja.mula membaca jam 3.30 tepat jam 6 selesai baca.tetapi berhenti sebentar melaksanakan perintah Tuhan,pas tu sambil membaca buku ini sempat menaikkan yis untuk buat roti kegemaran...roti wholemeal quaker oat.sempat pukul adunan roti dan buat doh.sekarang ni tgh tunggu adunan doh yag telah dibulatkan naik.bila dah naik boleh bakar.bila dah bakar sampai masak....jeng...jeng...jeng boleh makan.hobi memang suka masak.bukannya apa sebab bila masak ramai pulak yang suka makan.heheheh...
ok berbalik kepada novel comel ni ,memang seronok baca.sebab cara penulisan novel ni menjadikan kita seolah2 memiliki semangat Farahin.lagipun disediakan dengan pelabagi resepi muffin.wah ini yang tak sabar nak cuba.kemudian cuba buka blog milik penulis,comel blognya.so kepada pembaca yang lain,cuba beralih arah cuba membaca novel sebegini,ringkas,padat tetapi menarik.susunan ayat yang bagus.penceritaan yang baik.ilustrasi yang berkesan.tahniah hani ismail.
sesuai jadi bahan bacaan untuk remaja dan semua peringkat.kalau ada ruang masa lawatlah laman blog ni http://www.munfinmanja.blogspot.com/
Posted by kernachenta-Nya at Saturday, December 05, 2009 0 comments
semangat
salam....
semestinya membaca menjadi agenda utama dalam kehidupan.suka membaca?erm hobi membaca?apa ye nak dikatakan.tetapi MEMBACA memang menjadi kegemaran sejak dulu lagi.hari ini melangkah ke kedai buku , mencari buku sebagai koleksi tambahan.inilah hasil nya...setelah hampir sejam berada di kedai buku , akan cuba dihabiskan 4 buah buku ni dalam masa seminggu.
ingin melihat isi buku ini dari kacamata seorang pembaca.adakah novel rona-rona cinta Damscus sama dengan Salju Sakinah.ermmm belum mula membaca...so belum tahu isinya....so akan cuba habiskan semua novel ni...
Posted by kernachenta-Nya at Saturday, December 05, 2009 0 comments
Wednesday, December 2, 2009
dah lama
salam....
alhamdulillah...setelah sekian lamanya mencari lagu ni.dan ada yang sudi membantu.terima kasih buat ustazah qausquzah yang sudi mengirim liriknya....sapa yang tahu lagu ni leh lah nyanyi...lagu ni mmg famous sekitar tahun 93 dan 94...
Posted by kernachenta-Nya at Wednesday, December 02, 2009 0 comments
Tuesday, December 1, 2009
terkejut
salam...
dalam saja2 buka youtube mencari video klip nasyid baru....tiba2 terjumpa satu klip yang cukup berbeda.wah sudah mula berbicara di dalam bahasa indonesia.hehehehh...tidak pernah terlintas di pikiran maka adanya rancangan sebagus ini.di seberang ada sebuah rancangan yang dipanggil (PILDACIL) PILIHAN DAI KECIL,hebat bukan.kanak2 kecil ini dilatih berbicara tentang agama di dalam usia yang cukup muda.
tiba2 teringat adik Wishnu (kalau tak silap namanya),yang pernah digelar pendakwah kecil sekitar tahun 90 an.hebat kanak2 itu.ke mana dia sekarang.ok berbalik kepada rancangan tadi, rancangan tersebut merupakan rancangan realiti.ada undian juga kiranya.wah bagaimana ya?hebat....
cuba nonton.....
Posted by kernachenta-Nya at Tuesday, December 01, 2009 0 comments