? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, February 28, 2011

Bila menyebut perkataan yang paling simple. Hanya 5 huruf mengikut ejaan masa kini.Lafaz yg paling mahal harganya buat seorang wanita. Sekali menyebut itulah anugerah. Bukan untuk diungkap semudah sebutan dalam ejaan. Wanita itu sendiri persepsi mereka terhadap perkataan itu sebenarnya tiada lafaz untuk dinilaikannya.
Ia bukan untuk dijual beli.Maksudnya bukan sekadar lafaz yang mudah diungkapkan pada bila-bila masa. Benar wanita itu jiwanya halus.Kerana kehalusan jiwanya maka lafaz itu begitu mahal harganya.Sekali diungkapkan buat dirinya dia akan memegangnya tuk selamanya. Dan sekali dihancurkan lafaz itu...maka akan hancurlah hatinya.
Tetapi bagaimana pula dengan lafaz yang tersimpan. Yang sukar nak diungkapkan.Adakah kerana keegoan menyebabkan lafaz ini dibiarkan dalam lipatan.Atau adakah salah jika melafazkannya.Adakah penggubalan undang-undang terhadap ungkapan lafaz tersebut. Benar dari zaman berzaman tiada undang-undang digubal untuk lafaz tersebut.Disebabkan oleh itu maka ada yang melafazkannya sesuka rasa. Bahkan ada yang tdk mampu melafazkannya sehingga akhir hayatnya.
Jika pernah terbaca sebuah keratan , seorang suami tdk pernah melafazkan kata-kata keramat itu buat isterinya. Akhirnya isterinya menderita sakit dan akhirnya pergi meninggalkannya. Tetapi si isteri terkilan krn amat mengharap si suami melafazkannya walau sekali.Si suami pula langsung tdk menyebutnya. Isteri pergi dengan hati yang sarat persoalan. Apakah salahku ? Apakah kekuranganku...suamiku tdk pernah melafazkannya pdku.....
Rupanya si suami takut apabila melafazkannya akan hilang rasa itu pada isterinya. Takutkan sesuatu yang tdk diketahui. Dan akhirnya si suami memang benar kehilangan. Kehilangan isteri dan paling di sesali adalah lafaz yang tersimpan tdk terungkap hingga akhirnya isterinya pergi dalam keadaan terkilan.
Maka buat semua , terutama para suami lafazkanlah ia, ungkapkanlah ia, sebutlah ia selalu. Bak kata orang, sebut selalu maka akan bertambah rasa itu. Tapi sebut dan ungkapkan ia pd insan yang dirasakan berhak menerima lafaz itu.Maka setelah membacanya dengan panjang lebar pasti tercetus soalan lafaz apakah itu. Inilah jawapannya lafazkanlah Saya SAYANG awak , Saya Cintakan awak..........khusus untuk insan yg berhak iaitu seorang yang bergelar isteri. Letakkan hak pada yang berhak, pulangkan hak buat yang berhak.

Hak sepenuhnya,
Alia widad 11’(faiz nor)

0 comments: